Artikel Terkini

Thursday, August 17, 2017

Mengapa Suami Berubah? 9 Sebab Suami Berubah Kasih

♥ Assalamualaikum ♥
Mengapa Suami Berubah? 9 Sebab Suami Berubah Kasih : Siapa yang tak dambakan cinta dan kasih sayang berpanjangan. Namun masih ada lagi yang terkontang-kanting dengan isu pergolakkan rumah tangga. Kononnya si suami ada orang ketiga. Kononnya si suami sibuk dengan urusan kerja. Namun di sudut lain, ada terselit seribu alasan yang para isteri patut ketahui. Mengapa Suami Berubah? 9 Sebab Suami Berubah Kasih  jawapan tersebut ada pada anda wahai si isteri. 

imej google

Mengapa Suami Berubah?  dan bagaimana ia berlaku?  Mungkin kita selalu menyalahkan pihak ketiga. Namun punca utama adalah melalui diri anda sendiri. Kenapa nak tunding jari pada orang lain. Sedangkan hakikat, kita yang mulakan dahulu. Status suami isteri bukan hanya pada Sijil perkahwinan. Namun ianya berhubungkait dengan erti tanggungjawab. Tanggungjawab untuk berkongsi kelebihan dan kelemahan pasangan kita. Bila si suami curang.....terus salahkan orang lain. Lepas tu dok canang sana-sini isu pergolakkan rumah tangga. Adilkah begitu!  

Allah uji bukan nak buat kita melenting, tapi untuk kita perbaiki diri-sendiri dahulu. Kalau boleh, selesaikan cara yang betul. Tak perlu orang lain bertindak atas apa yang berlaku. Anggaplah ia sebagai teguran dari DIA kerana kealpaan kita sendiri.

Kenang-kenang masa masih adal cinta. Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.

Baca juga >>Panduan Menangani Suami Yang Bermasalah. Pasti membantu si isteri dalam menangani isu kemelut pengolakan rumah tangga. Inilah satu projek untuk korang memikat balik hati si suami.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah....

1. Orang Sekeliling

Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri  perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.

2. Kerjaya

Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan  kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.

3. Ekonomi & Sosial

Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.

4. Fitrah

Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.

5. Tidak menyediakan keperluan

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

6. Sukar beri layanan seks

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

7. Melakukannya seperti orang suruhan

Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

8. Amalkan gaya hidup sosial

Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

9. Berpenampilan tidak menarik

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Tanda-tanda suami curang:

1. Berubah sikap menjadi panas baran

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

2. Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk

Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

3. Bercakap secara sembunyi

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

4. Mengubah gaya penampilan

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.




No comments:

Post a Comment