Artikel Terkini

Sunday, August 13, 2017

Dua-Dua Bersalah Itulah Hakikatnya, Isu Pelakon "Izinkan Aku Mencintaimu"

♥ Assalamualaikum ♥

Dua-Dua Bersalah Itulah Hakikatnya, Isu Pelakon "Izinkan Aku Mencintaimu" : Apa lagi yang perlu dibicara, ramai mata-mata menjadi saksi. Tak payah keruhkan media dengan isu yang tak mendatangkan faedah. Isu rumah tangga bukan untuk santapan umum. Cukuplah kita sendiri yang berfikir serta menyelesaikan dengan cara tersendiri. Tak payah herat satu Malaysia. Orang boleh support dengan komen, tapi dalam pada waktu yang sama orang pasti tunding jari. Anggap apa yang berlaku itu sebagai teguran dari Allah SWT. Ia berlaku atas tindak tanduk kita sendiri. Heboh dan kecoh satu Malaysia. Mempertahankan diri demi menjaga air muka sendiri. Apa salahnya diamkan diri. Selesaikan dengan cara sendiri. Tak payah buka aib rumahtangga untuk santapan umum. Takut lain pula jadinya. 


KUALA LUMPUR: Aliff Aziz menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai kontroversi antara dirinya dengan Afifah Nasir susulan kenyataan pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob, berhubung kekecohan yang berlaku.

Aliff, 26, yang berasal dari Singapura, enggan mengulas panjang sebaliknya menganggap semua persoalan sudah dijawab.

"Saya fikir rakyat Malaysia sudah penat dengan isu ini. Saya sudah cakap bahagian saya."Tiada apa lagi nak cakap. Melalui kenyataan pengarah drama, semua orang boleh menilai. Bagi saya, di situ sudah terjawab segala persoalan.

"Saya pun sudah penat dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu di Bandar Tun Hussein Onn di sini, hari ini. (kredit-Berita harian)

1 comment:

  1. betul kan, penatlah asik tgk cerita depa je dekat wall..selalu2 menyampah pula..huhu..

    ReplyDelete