Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, August 11, 2017

Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 21 / Episod 22 / Episod 23 /Episod 24

♥ Assalamualaikum ♥
Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 21 / Episod 22 / Episod 23 /Episod 24 : Tinggal dua minggu je drama ini bersiaran. Drama yang menggandingkan terajui tiga personaliti menarik iaitu Idris Khan, Rasya Rizrose dan Azrel Ismail. Minggu depan bersiaran Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 21/Episod 22/ Episod 23/ Episod 24 di tv3. 


Drama ini semakin menjadi intaian peminat drama adaptasi novel. Semakin menghampiri episod akhir. Plot cerita pun makin sentap dan ia membuatkan penonton tak senang duduk. Watak Azrel Ismail yang tergila-gila Rasya (hani) sampaikan sanggup menghancurkan rumah tangga abangnya sendiri. Apa yang akan berlaku. Berjayakah hani dan mizan mempertahankan rumah tangga mereka. Dan masih wujudkah cinta di hati hani untuk nizam. Wah makin menjadi plot drama ini. Cik akak pun tak sabar nak menunggu episod akhir.

Apa pun yang berlaku, kesudahan drama agak menyentapkan, namum bahagia itu tetap milik hani dan mizan. Nak tahu kesudahannya jangan lupa habiskan lapan episod untuk minggu akan datang.

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 21/ Episod 22 /Episod 23 / Episod 24 bersiaran 14 Ogos 2017 hingga 17 Ogos 2017 akan Datang.


Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 21


Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 22 : Nizam terus menaruh harapan. Dia juga tidak segan untuk meluahkan cintanya kepada Hani walaupun dia sedar Hani merupakan isteri kepada abangnya sendiri. 


Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 23 : Hani benar-benar runsing setelah dia berbohong tentang kehamilannya. Hani terpaksa berbuat demikian kerana dia mahu nizam berhenti menaruh harapan.


Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 24 :

Manakala Minggu Akhir Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 25/Episod 26 /Episod 27 /Episod 28 bakal bersiaran pada 20 Ogos 2017 hingga 24 Ogos 2017. Jangan lupa setkan temujanji anda.Selamat menonton.


Sinopsis Penuh Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.
Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraianya dua tahun lalu.
Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.
Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.
Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

1 comment:

  1. tak menyempat nak tengok citer ni kat tv.. nampaknya tenok kat online je la...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN