Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Monday, August 21, 2017

Dendam Aurora Episod 20/ Episod 21 / Episod 22 / Episod 23 / Episod 24

♥ Assalamualaikum ♥
Dendam Aurora Episod 20/ Episod 21 / Episod 22 / Episod 23 / Episod 24 : Drama adaptasi telenovela Tuscan Passion. Bakal menggandingkan Nabila huda dan Ungku Ismail. Drama adaptasi ini menggantikan drama Semusim Rindu. Drama yang mengandungi 100 episod penuh ini bakal memainkan emosi penonton. Selain itu, drama berantaian adaptasi Tuscan Passion ini juga dibintang oleh pelakon Shah Iskandar dan Anzalna Nasir. Lagi memberi tarikan dalam drama ini watak nabila huda yang penuh dengan emosi. Selamat menonton Dendam Aurora Episod 20/ Episod 21 / Episod 22 / Episod 23 / Episod 24.
Dendam Aurora
Status Terkini bersiaran: Dendam Aurora Episod 20

Sinopsis Dendam Aurora Episod 20 : Haikal ada muslihat untuk menghapuskan Hawa dan merampas bahan bukti yang ada padanya.


Sinopsis Dendam Aurora Episod 21 : Harris didakwa atas tuduhan cubaan membunuh hawa. Haikal memeras ugut Engku Azhar untuk selamatkan syarikatnya.


Sinopsis Dendam Aurora Episod 22 : 


Sinopsis Dendam Aurora Episod 23


Sinopsis Dendam Aurora Episod 24 : 

Tajuk Drama : Dendam Aurora
Jumlah Episod : 100 episod
Pelakon utama : Nabila Huda dan Ungku Ismail
Tarikh bersiaran : 25 Julai 2017
Masa : 6.00 petang (Astro Prima 105 & Maya HD 135

Sinopsis Dendam Aurora : Rantaian drama Dendam Aurora mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (lakonan Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (lakonan Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (lakonan Tony Eusoff).
Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (lakonan Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (lakonan Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (lakonan Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.
Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (lakonan Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.
Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.
Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (lakonan Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.
Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.
Apakah kesudahan kisah Aurora? Sama-sama kita saksikan. Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!