Artikel Terkini

Friday, August 11, 2017

Dendam Aurora Episod 10 / Episod 11 / Episod 12 / Episod 14

♥ Assalamualaikum ♥
Dendam Aurora Episod 10 / Episod 11 / Episod 12 / Episod 14 : Drama adaptasi telenovela Tuscan Passion. Bakal menggandingkan Nabila huda dan Ungku Ismail. Drama adaptasi ini menggantikan drama Semusim Rindu. Drama yang mengandungi 100 episod penuh ini bakal memainkan emosi penonton. Selain itu, drama berantaian adaptasi Tuscan Passion ini juga dibintang oleh pelakon Shah Iskandar dan Anzalna Nasir. Lagi memberi tarikan dalam drama ini watak nabila huda yang penuh dengan emosi. Selamat menonton Dendam Aurora Episod 10/ Episod 11 /Episod 12 / Episod 13 / Episod 14.
Dendam Aurora
Status Terkini : Dendam Aurora Episod 14 

Sinopsis Dendam Aurora Episod 14 : Kes pembunuha. Dato Hamzah dibuka semula. Harris mula siasat pembunuh ayahnya yang sebenar. Berjayakah Harris menemui jawapan, siapakah pembunuh ayahnya. 


Sinopsis Dendam Aurora Episod 13 : Kes pembunuhan Dato Hamzah dibuka semula dan Aurora akhirnya dibuktikan tidak bersalah. Kumpulan kongsi gelap Tan Sri Engku Azhar semakin gelisah. Kemungkinan besar mereka terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Sinopsis Dendam Aurora Episod 12 : Penemuan geran tanah lama menjadi harapan untuk Aurora majukan perusahaan teh punah apabila dimusnahkan angkara Puteri Adrina yang cemburu buta.

Sinopsis Dendam Aurora Episod 11 : Hubungan Haikal dan Aurora semakin kuat. Harris menyiasat bukti-bukti yang baru muncul berkaitan kematian arwah ayahnya dan menemui petunjuk lain. 


Sinopsis Dendam Aurora Episod 10 : Haikal mengajak Aurora ke majlis kesyukuran kepulangan Hadi dimana hadirin mencemuh kehadiran Aurora terutama Harris yang tidak berpuas hati dengan Haikal yang sudah bersama Aurora.

Tajuk Drama : Dendam Aurora
Jumlah Episod : 100 episod
Pelakon utama : Nabila Huda dan Ungku Ismail
Tarikh bersiaran : 25 Julai 2017
Masa : 6.00 petang (Astro Prima 105 & Maya HD 135

Menariknya Telenovela ‘Tuscan Passion’ untuk diadaptasi adalah berasaskan jalan ceritanya yang tersendiri dan juga merupakan antara karya popular yang berjaya mencuri hati penonton di negara asalnya.
Kisah konflik penuh dendam ini bakal menyaksikan lakonan mantap gandingan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz selaku teraju utama yang masing-masing memegang watak sebagai Aurora Abdullah dan Harris Hamzah. Turut membintangi drama ini termasuklah Dian P Ramlee (Octavia Milner), Dato’ Eizlan Yusof (Engku Azhar), Anzalna Nasir (Putri Adrina Engku Azhar), Tony Eusoff (Dato’ Hamzah), Fezrul Khan (Hakim Hamzah), Shah Iskandar (Haikal Hamzah), Aedy Ashraff (Hadi Hamzah), Octavia Manrose (Hanna Hamzah), Emilie Haniff (Marzia Abdullah), Mia Nasir (Nissa Abdullah), Zila Bakarin (Lydia), Adam Lee (Rizal), Nikki Palikat (Laura), Dato' Sri Raja Rezza Shah (Firdaus), Marissa Yasmin (Hawa), Alex Yank (Adnan), Chew Kin Wah (Michael), Sharifah Shahora (Angela), Zuraini Kassim (Tuan Bakar), Hafiz Halim (Affendi) dan Yuzz Murai (Razman). 
Sinopsis Dendam Aurora : Rantaian drama Dendam Aurora mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (lakonan Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (lakonan Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (lakonan Tony Eusoff).
Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (lakonan Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (lakonan Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (lakonan Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.
Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (lakonan Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.
Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.
Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (lakonan Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.
Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.
Apakah kesudahan kisah Aurora? Sama-sama kita saksikan. Selamat menonton!

2 comments:

  1. Setiap hari ternanti-nanti. Sabtu ahad, rest sekejap. Hihi

    ReplyDelete
  2. mmg dok layan, lngsung xmiss..haha
    tpi jenuh nk tnggu smpai 100 episod ni, haha

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!