Artikel Terkini

Wednesday, August 2, 2017

Contoh Surat Rasmi Perakuan/Pengesahan Ketua Jabatan Khususnya Bagi Penjawat Awam Yang Ingin Menghadiri Temuduga SPA8

♥ Assalamualaikum ♥

Contoh Surat Rasmi Perakuan/Pengesahan Ketua Jabatan Khususnya Bagi Penjawat Awam Yang Ingin Menghadiri Temuduga SPA8 : Anda merupakan antara calon temuduga Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Perkara pertama korang perlu lakukan ialah pastikan anda membawa surat perakuan/pengesahan dari Ketua Jabatan di mana lokasi anda berkhidmat. Jangan memandai je nak meredah pusat temuduga. Tak pasal-pasal korang tak boleh memasuki bilik temuduga. Pastikan hanya Ketua Jabatan sahaja yang boleh menandatangani surat perakuan/ pengesahan tersebut. Di sini cik akak sertakan contoh surat. Mudah-mudahan dapat membantu korang berjaya dalam temuduga untuk kenaikan pangkat secara lantikan.

Iklan
imej SPA8

Pastikan anda guna surat rasmi pejabat. Surat ini adalah hak milik asasi tuan blog. Untuk pengetahuan korang, cik akak dah gunapakai surat perakuan/pengesahan ketua jabatan ini untuk menghadiri temuduga Pembantu Makmal, Pembantu Pegawai Pertahanan Awam dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Nak copy paste contoh surat boleh je.

Selain itu, korang boleh juga dapatkan naskhah penting untuk menghadiri temuduga >>Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah.


LOGO LETTERHEAD JABATAN
______________________________________________________________________________
No. Ruj Kami : 
Tarikh   : 


Urus Setia Bahagian Pengambilan Khas,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA

Tuan/Puan,

SURAT PERAKUAN KETUA JABATAN
NAMA PEGAWAI            :  ______________________________
NO. KAD PENGENALAN :  ______________________________
NO. FAIL PERIBADI          :  ______________________________

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dengan sukacitanya saya mengesahkan bahawa beliau adalah merupakan kakitangan di     (NYATAKAN TEMPAT ANDA BERKHIDMAT) . Berikut adalah maklumat yang berkaitan :
           
            Jawatan                                    : 
            Gred                                          : 
            Tarikh mula berkhidmat          : 
            Tarikh Lantikan Jawatan Terkini : 
            Tarikh Pengesahan Jawatan   : 


3.         Demi merealisasikan impian beliau untuk meningkatkan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi malah saya amat menggalakkan kakitangan saya berusaha untuk meningkatkan pencapaian  kerjaya masing-masing, pihak kami dengan rasa berbesar hati menyokong tawaran yang diterima oleh beliau. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini, beliau telah berkhidmat dengan komitmen dan bertanggungjawab.

4.         Adalah diharapkan pegawai ini dipertimbangkan ke jawatan lebih tinggi berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman bekerja. Kerjasama serta perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


[ NAMA KETUA JABATAN  ]
Guru Besar
SK .....................................
96000 Sibu. 

No comments:

Post a Comment