Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, July 22, 2017

Temuduga Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

♥ Assalamualaikum ♥
Temuduga Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 : Cukup berbaloi kalau nama anda tersenarai untuk menghadiri temuduga. Tak sia-sia usaha anda melengkapisikan borang. Walaupun permohonan sekarang hanya melibatkan sistem online. Lagi mudah kan. Klik-klik dan lengkapisi apa yang patut. 






Untuk jawatan tersebut di atas ia melibatkan negeri Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Bagi calon yag belum semak tarikh temuduga anda. Boleh klik tajuk jawatan di atas. Klik.sahaja, pembantu penyediaan makanan Gred N19. 

Sebelum tu para calon boleh rujuk senarai tugas Pembantu Penyediaan Makanan.



Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1352.00
Gaji Maksimum : RM4003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas / Senarai Tugas:
  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
  • Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
  • Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

  • Penerimaan/Penyimpanan Makanan Basah/Mentah dan Kering dari Pembekal
  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
  • Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
  • Merekod suhu stor, chiller dan freezer.
  • Pengeluaran Barang Makanan
  • Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah atau kering dari stor, freezer/chiller.
Menjadi sebahagian dari mereka penjawat awam bukan mudah. Namun dengan ada »Panduan Lulus Mudah Temuduga Kerajaan  pasti membantu korang dapat jawapan bagi soalan-soalan maut yang diajukan oleh pihak penemuduga.



5 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN