Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Monday, July 17, 2017

Telemovie Azrul Bendul Lakonan Aiman Hakim Redza Dan Syainie Aida

♥ Assalamualaikum ♥
Telemovie Azrul Bendul Lakonan Aiman Hakim Redza Dan Syainie Aida : Telemovie mengisahkan Azrul seorang jejaka yang lurus bendul. Namun, di sebalik kekurangannya itu, dapat menawan hati suraya yang baginya Azruo, berbeza dengan lelaki yang lain. Telemovie yang dibintangi oleh pelakon Aiman Hakim Redza dan Syainie Aida sebagai terajui utama. Saksikan telemovie Azrul Bendul di tv9. 

Sinopsis Telemovie Azrul Bendul : Seorang pemuda bernama Azrul (lakonan Aiman Hakim) yang bendul sehingga digelar Azrul Bendul, namun diminati Suraya, seorang gadis cantik (Syaini Aida). Pertemuan mereka berlaku tanpa dirancang apabila kereta Suraya rosak dan Azrul yang melalui kawasan di situ membantunya.
Bagaimanapun, Azrul yang diketahui seorang bendul difitnah Samsul dan Azril kononnya cuba memperkosa Suraya sehingga teruk dibelasah.
Azrul terpinga-pinga diperlakukan begitu sedemikian rupa tanpa mengetahui niat sebenar Samsul yang sebenarnya meminati Suraya dan melakukan pelbagai cara memikat hati gadis itu.
Inilah kisah yang ditampilkan dalam telefilem Azrul Bendul yang akan menemui penonton menerusi slot Skrin Di 9 TV9, jam 8.30 malam ini.
Apakah kerana kekurangan dan ketidaksempurnaan Azrul membuatkan dia sewenang-wenangnya diperlukan sebegitu rupa?
Bukankah setiap manusia dan individu dicipta dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri? Inilah mesej yang ditampilkan pengarah Shuhaimi Lua Abdullah dalam drama terbitan syarikatnya, Tanah Beris Film Production Sdn Bhd ini.
“Azrul mungkin bendul, tapi dia ikhlas dan ini yang dilihat Suraya. Allah menciptakan kejadian manusia dengan baik dan ini yang diperlihatkan menerusi karakter Azrul.
Telemovie Azrul Bendul penuh dengan konflik menarik antaranya emak saudara Azrul sendiri iaitu Bibi yang ingin menjodohkan anaknya Diana (Ezzaty) dengan pemuda ini.
“Inilah yang dikatakan kelebihan Azrul sehingga menjadi kegilaan ramai. Bagaimanapun, Azrul tak faham dengan apa yang cuba dilakukan Bibi.

Sumber - Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!