Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, July 25, 2017

TAMAT Sudah Drama Semusim Rindu Episod 40 (Episod Akhir)

♥ Assalamualaikum ♥

TAMAT Sudah Drama Semusim Rindu Episod 40 (Episod Akhir)  : Drama bersiri Arluna dah melabuhkan tirainya semalam. Kali ini peminat karya adaptasi novel bakal disajikan dengan Drama Semusim Rindu Karya Penulis Aleya Aneesa. Drama ini bakal ditayangkan di astro prima dan astro maya HD pada 30 Mei 2017. Menggandingkan terajui bersama pelakon Ben Amir dan Intan Ladyana sebagai hero dan heroin dalam drama tersebut. Adaptasi novel kali ini amat berbeza kerana novel ini mengisahkan isu kekeluargaan. Drama Semusim Rindu bakal membongkar sejarah sebenar kehidupan kekeluargaan. Tonton Online Drama Semusim Rindu Episod 40 (Episod Akhir) Bersiaran 24 Julai 2017 Akan Datang 


Judul Drama Adaptasi Novel : Semusim Rindu
Jumlah episod : 40 episod
Ditayangkan pada : Isnin hingga Jumaat (jam 6.00 petang)

Sinopsis Semusim Rindu : Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa... 

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah... 

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar? 

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya? 

2 comments:

  1. tamat sudah kepenatan menonton sbb 70% jalan cerita tak sama dgn novel yg kalau diikutkan walau 100% pasti lebih menarik dari drama yg lain..
    http://umifuzy.blogspot.com/2017/06/review-semusim-rindu.html

    ReplyDelete
  2. Rose tak ikut drama ni. sebab masa tayangan petang.. nak tengok ulangan, tak feel. hi hi

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN