Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Friday, July 14, 2017

KELEBIHAN BEKERJA DI SEKTOR AWAM (KERAJAAN)

♥ Assalamualaikum ♥

KELEBIHAN BEKERJA DI SEKTOR AWAM (KERAJAAN) : Bekerja dengan sektor awam (kerajaan) banyak kelebihan yang kita akan perolehi. Rugi tak merebut peluang keemasan. Kerajaan dah bagi banyak kelebihan, cuma anda yang memilih. Samada memilih menjadi penjawat awam atau sebaliknya. Gaji yang ditawarkan agak lumayan. Elaun dan insentif lain juga diberikan. Ingin menjadi sebahagian daripada kami. Anda boleh baca entri cik akak sampai ke penutupnya..haha


Siapa pun amat sukakan kerja kerajaan! Ini kerana sektor kerajaan telah memberi pelbagai kemudahan serta kelebihan sekiranya anda adalah sebahagian daripada mereka. Antara kelebihan yang akan diperolehi jika bekerja di sektor awam (kerajaan) adalah seperti berikut:-

  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
  • Kemudahan Cuti Isteri Bersalin (7 Hari)
  • Kemudahan Cuti Sakit Pegawai
  • Kemudahan Cuti Rehat Khas bagi Jawatan Pendidik
  • Kemudahan Cuti Rehat Tahunan sebanyak 20 hingga 35 hari
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan
  • Bonus tahunan
  • Bantuan Khas musim perayaan
  • Tempoh bersara wajib 60 tahun
>>Membongkar Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan.

Ada lagi kelebihan lain yang cik akak tak nyatakan. Sebagai salah seorang penjawat awam. Memang cik akak tak nafikan, kelebihan ini memang agak lumayan. Jesteru itu, anda perlukan merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada kami (penjawat awam). 

Inginkan kelebihan ini, dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan.

3 comments:

  1. Ya. Memang best tapi bila naik gaji satu Malaysia tau ko naik gaji hahaha..pas tu harga barang pun naik! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..yalah kelebihan org kerja gov..haha

      Delete
  2. hehehe seronok kerja dengan government.. ni pun dok usaha nak cari kerja dengan government..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!