Artikel Terkini

Wednesday, July 12, 2017

Gaji Bulan Julai Diawalkan Ke 20 Julai 2017 Adalah Berita Palsu

♥ Assalamualaikum ♥
Gaji Bulan Julai Diawalkan Ke 20 Julai 2017 Adalah Berita Palsu : Makin canggihnya media massa, makin melambaklah manusia yang tak bertamadun. Dah terlampau pandai kot. Sesaja nak minta viral. Lepas tu nak tumpang femes. Manusia Alahai makin menjadi pula perangai kan. Terbaru penjawat awam dikejutkan dengan viral pasal gaji penjawat awam akan dibayar lebih awal dari tarikh yang telah disenaraikan dalam jadual. Dalam hati dah berbunga-bunga, tapi nampak pelik. Kebiasaan lepas raya, tak de isu gaji diawalkan. Walaupun, ia amat membebankan kewangan penjawat awam selepas raya. 
Pada bulan jun yang lepas, kami penjawat awam dibayar gaji pada 15 Jun 2017. Dan kami terpaksa menunggu 45 hari lagi untuk dapat gaji seterusnya. Engko mampu ke. Mampu tak mahu, kena juga korek saving untuk tampung jangka masa 45 hari.

45 hari, sebulan lebih wei..haha...nak buat macam mana. Waktu raya kena keluarkan duit banyak. Nak beli itu dan ini lagi. Walaupun persiapan raya tak ada lah segempak mana. Yang penting dapat beraya bersama ini tersayang.

Gaji Bulan Julai Diawalkan Ke 20 Julai 2017 Adalah Berita Palsu. Penjawat awam jangan tertipu dengan berita tersebut. Sebab jabatan akauntan negara telah menafikan viral tersebut. Tak payah nak berharap. Tunggu je 25.07.2017 akan datang. Tinggal 13 hari menanti gaji..haha..boleh buat novel dengan tajuk ni. Penjawat awam jadi watak utama. 

Kepada yang terpercaya dengan viral tersebut. Mohon balik ke paksi asal. Sia-sia je korang pergi bank. Tapi akaun masih kosong. 

2 comments: