Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Wednesday, July 5, 2017

EOperasi - Apa Yang Anda Perlu Tahu

♥ Assalamualaikum ♥
EOperasi - Apa Yang Anda Perlu Tahu 
EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Tahukah anda apa itu sebenarnya E-Operasi.

Mungkin masih ada yang samar-samar dengan aplikasi EOperasi ini. Dan mungkin juga masih tertanya-tanya, malahan mungkin juga belum mengetahui serta mengenali kegunaan dan fungsi aplikasi tersebut. Sebagai penjawat awam yang berkhidmatan di sekolah, cik akak dah lama diperkenalkan dengan sistem aplikasi tersebut. Jesteru itu, cik akak ingin berkongsi kegunaan dan fungsi aplikasi ini dan ia boleh membantu para guru dan ibu bapa untuk lebih memahami dengan lebih mendalam lagi. 


EOperasi adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga, Kerajaan telahpun membangunkan banyak sistem yang masih ramai tidak tahu,antaranya:

SAPS Ibu Bapa ( Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) - bagi aplikasi ini, segala maklumat peperiksaan anak-anak anda boleh disemak secara online. Caranya mudah, hanya memasukkan nombor sijil kelahiran anak atau nombor my kid anak anda. 

APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) - Sistem ini lebih merujuk penuh kepada guru Penolong Kanan HEM, Guru kelas dan kerani pentadiran. Sistem ini digunakan bagi menghimpunkan segala data murid yang ada di sekolah. Selain itu, sistem ini digunakan semasa proses perpindahan keluar dan masuk murid. 

HRMiS (Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) - untuk sistem yang ini pula, semua guru dan kakitangan penjawat awam terlibat. Tak kira kementerian/ Jabatan mana ditempatkan. Aplikasi ini menghimpunkan data-data individu penjawat awam. Antaranya seperti profil individu, maklumat cuti, pengalaman bekerja, sejarah perkhidmatan dan SKT (Sasaran Kerja Tahunan). Bukan folder itu sahaja, malah ada banyak lagi. Boleh rujuk pautan link bagi mendapatkan info penting.

Jawatan Kosong - Aplikasi berkongsi tentang jawatan-jawatan kosong di agensi kerajaan dan swasta. Lebih mudah bagi yang sedang bergiat mencari kerja. Dengan adanya sistem aplikasi tersebut di atas, maka lebih mudahlah menyelesaikan satu kerja.

Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

E-Operasi juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

Dengan adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Selain itu juga, BSKG ini juga boleh digunakan untuk menyemak keberadaan dan kehadiran guru. Sekiranya, guru tidak hadir bersebab atau tidak beralasan, data boleh di download dari sistem tersebut. Memang mudah lagi menjimatkan masa untuk mencari data secara manual. Sistem-sistem aplikasi ini, wajib korang tahu. 

Cik akak rasa masih ramai para guru yang masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem e-Operasi ini betul? Di bawah ini adalah cara untuk login e operasi Modul Pengurusan Guru:-

Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi

Dengan adanya panduan tersebut, kerja para guru lebih mudah dan dapat diselesaikan dengan cepat. 


Guru-guru digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi


Modul eoperasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah). Selain itu, ia lebih memudahkan guru serta pentadbir mendapat data serta maklumat yang betul dan sahih. 


Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka hanya secara online. 

4 comments:

  1. Sistem yang amat canggih..

    Terbaik la

    ReplyDelete
  2. bagus la.. pemudah cara.

    Cik Akak,
    ciktie dah tag Cik Akak kat sini ya https://colouroflifek.blogspot.my/2017/07/aidilfitri-giveaway-by-faye-and-friends.html

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!