Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, July 31, 2017

Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 13 - Episod 16

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 13 - Episod 16 : Cemburu tu tanda sayang. Itulah yang berlaku kepada pasangan hani dan mizan. Makcik menonton pun naik geram.haha...kadangkala sweet terlebih tapi memang serius cik akak suka drama adaptasi novel ini. Pencaturan langkah untuk memusnah ikatan yang dibina. Mampukah mereka bertahan. Tak sabar nak tunggu episod akhir. Jom saksikan Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 13 - Episod 16 petang ini di tv3. Kalau tak suka jangan kritik ok..haha


Shila masih cuba menghubungi Nizam tetapi gagal, dan dia kerap memerhatikan segala aktiviti keluarganya melalui laman sosial.

Sinopsis Penuh Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.
Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraianya dua tahun lalu.
Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.
Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.
Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN