Artikel Terkini

Friday, July 28, 2017

Drama Adaptasi Novel Akan Datang 2017 ( 27 Naskhah Novel Bakal Diadaptasikan)

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Adaptasi Novel Akan Datang 2017 ( 27 Naskhah Novel Bakal Diadaptasikan) : Penat juga cik akak nak senaraikan satu persatu novel yang akan diadaptasikan dalam bentuk drama. Fenomena adaptasi novel kini menjadi trending pengarah dan penerbit drama. Idea hasil oleh pelbagai penulis di Malaysia disunting menjadi drama atau filem. Lagipun drama Adaptasi Novel amat digemari oleh penonton Malaysia mahupun di negara lain. Sebanyak 27 naskhah novel yang cik akak senaraikan bakal diadaptasikan dalam drama tidak lama lagi. Nantikan kemunculan drama-drama tersebut. Antara novel-novel terlibat adalah seperti di bawah. 


1. Novel 30 hari sahaja Karya Syamnuriezmil

30 HARI SAHAJA

Sinopsis Novel 30 Hari Sahaja : Sebulan, bersamaan 30 hari. 30 hari bersamaan dengan Ramadan. Sempena bulan Ramadan ini, Maya Elina telah berjanji akan berusaha untuk mendidik nafsu. Dia mahu merubahkan Ramadannya yang sebelum ini, dengan pengisian Ramadan yang lebih baik pada tahun ini. Termasuklah mengawal dirinya daripada mencari gaduh dengan Rizal Asyraf.

Masalahnya Tisha, kawan baik Maya Elina juga suka pada Rizal Asyraf.

Pelbagai cara Tisha buat, Rizal Asyraf tidak pernah jatuh suka kepada Tisha. Sehinggalah Maya Elina balik ke kampung, bercuti selama seminggu untuk beri peluang antara Tisha dan Rizal Asyraf. Tetapi, lain pula jadinya. Maya Elina menerima dua pinangan. Satu daripada Soleh Usyair, teman lelaki lamanya dan satu lagi daripada bosnya sendiri, Tuan Malique. Oleh sebab Maya Elina tak tahu bagaimana hendak memilih, dia membuat satu ilham...

Pukul sembilan malam ini, WhatsApp warna baju raya masing-masing. Orang yang memilih baju raya warna yang sama degan saya, dia miliki hati saya! – Maya

Siapakah yang berjaya mendapatkan hati Maya Elina? Sempat ke Maya Elina memberi jawapan selepas 30 hari itu? Atau... dia sudah terlewat?

Mencintai itu, bukan memilih kesempurnaan. Tetapi, memilih untuk melengkapi, bahagian pada diri yang tidak sempurna.

2. Novel Cik Calla Lily dan Encik Bos Karya Airisz

28095641

Sinopsis Novel Cik Calla Lily dan Encik Bos Karya Airisz :

Seperti awak mencuri calla lily, seperti itulah awak curi hati saya. 

AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni. 

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali.

“Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?” 

“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!” 

“Enjoy kepala hotak korang. Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?” 

“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?” 

“Fast and Furious!” 

Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka. 

Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily? Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda. Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda. 

Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?

3. Novel Cinta Copy Paste Karya Nureen Mirza
24982859
Sinopsis Novel Cinta Copy Paste Karya Nureen Mirza Pertama kali menatap wajah Anom Sufi, hati Habib Iqmal tidak tentu rasa. Meronta-ronta hatinya mahu menjadikan gadis itu suri di hati. Tetapi... sudah tentulah Anom tidak sudi. Yalah...umur Anom baru 19 tahun sedangkan dia sudah 33 tahun.

“Abang rasa abang dah jumpa jodoh abang. Sufilah orangnya yang bakal jadi tulang rusuk kiri abang. Kita kahwin ya, Sufi?"”

Terkedu Anom dengan lamaran Habib. Mana mungkin dia terima lamaran lelaki itu? Dia masih muda belia, sedangkan Habib sudah tua. Bermacam-macam alasan direka Anom.

"Saya ni masih belajar, Datuk. Mana boleh suka-suka hati nak kahwin?"

Habib pula tidak kenal erti putus asa sehinggalah Anom bersuara... Dia menerima lamaran itu.

Namun, kebahagiaan yang didambakan Anom punah sekelip mata dengan kemunculan ‘Baby’. Bila Habib melebihkan ‘Baby’ dalam segala hal, Anom jadi sedar diri. Baru dia tahu, di mana letaknya dia di hati Habib. Jika Habib mahukan ‘Baby’, dia sedia undur diri. Biarlah dia pergi. Dia pun enggan selama-lamanya terlindung di balik bayangan ‘Baby’

4. Novel Curi-curi cinta Karya Siti Rosmizah

17830350
Sinopsis Novel Curi-curi cinta Karya Siti Rosmizah : “Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

5. Dekatkan Jarak Kita tv3 : Drama adaptasi cerpen gandingan Ayda Jebat dan Syafiq Kyle.

6. Novel Dia Anak Jeneral Karya Hezzy Azra 

25893090

Sinopsis Novel Dia Anak Jeneral Karya Hezzy Azra :

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

7. Novel Gantung Karya Nadia Khan

GANTUNG


Sinopsis Novel Gantung Karya Nadia Khan : "Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —


8. Isteri Abang Long - novel Suami Isteri - Novel Terbaru
 


Sinopsis:
Seorang ketua gengster disuruh maknya untuk berkahwin. Namun, gadis yang dipilih ibunya tidak mempercayai yang dia adalah ketua gengster.


 PICK UP LINE ABANG LONG

Sedutan novel:
" Eh tak apa. Dian boleh naik bas"
"Berani kau lawan cakap ketua gengster ya?
"Dian hanya takkan melawan cakap orang tuan Dian dan suami Dian" Tu pun bila dah ada suami nantilah"
"Kau tengah lamar aku ke apa sebenarnya?"sakat abang long


9. Novel Lafazkah Kalimah Cintamu Karya Siti Rosmizah

9852363

Sinopsis Novel Lafazkah Kalimah Cintamu Karya Siti Rosmizah : Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

10. Novel Kerana aku suamimu Karya June Muhammad

25418148

Sinopsis Novel Kerana aku suamimu Karya June Muhammad :

Syurga seorang isteri...Adalah bersama suami...

“Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!” – Zahra.
“Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahra?!” – Encik Zainal.

Kebahagiaan ZAHRA AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu.

“Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri.

“Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja.” – Zahra.
“Eh, suka hatilah abang nak pergi kerja atau tak.” – Fitri.

11. Novel Klik!Pengantin Musim salju Karya Suri Ryana

final-cv

Sinopsis Novel Klik!Pengantin Musim salju Karya Suri Ryana : Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.
Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.
Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.
Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

12. Novel Magisnya Cinta Karya Syamnureiezmil

27999479
Sinopsis Novel Magisnya Cinta Karya Syamnureiezmil : Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.

Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.

Namun...

Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman

13. Novel Manuskrip Cinta Karya Syamnureiezmil

33275290

Sinopsis Novel Manuskrip Cinta Karya Syamnureiezmil : 

Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

“It's okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik! 


14. My Dear, Mr Dimple Karya Aifa Batrisya

21421741
Sinopsis My Dear, Mr Dimple Karya Aifa Batrisya: UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara.

15. Novel Milik Engkau Saja Karya Acik Lana

27402580

Sinopsis Novel Milik Engkau Saja Karya Acik Lana: Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? Sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya bekerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki handsome, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!

"Please, please do something untuk selamatkan dia..." ~ Izz Ariff 
"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..." ~ Darlina

Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagiaan mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Iz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pula! Alahai, apa dia nak buat kalau Iz Ariff si 'putera' tampan yang super caring sudah sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba hina ini nak bersaing merebut kasih?

Walaupun bahagia dengan kehadiran Iz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosa-dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang? 

Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. Gadis bernama Irina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian.

Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau dia perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?

16. Novel Mr Hot Guy Karya Danisyarahmat

Image may contain: one or more people, sunglasses and text

SINOPSIS NOVEL MR. HOT GUY : Hangatnya cinta dan kasihmu mencairkan kebekuan hatiku

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.

“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”

“I tinggalkan you”

“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

“Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?” 

“Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?”

“Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?”

“Boleh… Tapi ada syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.”

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.

Kaedah pertama Gold and diamond
Kaedah kedua Hugs and Kisses
Kaedah ketiga Sleep tight

17. Novel One day you'll be mine Karya Inawza Yusof 

17314165

Sinopsis Novel One day you'll be mine Karya Inawza Yusof : Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”

“Mudah… sebab aku sayang kau.” 

18. Novel Papa nak Menantu Karya Hasrudi Jawawi

21421759

Sinopsis Novel Papa nak Menantu Karya Hasrudi Jawawi :

Amboi, kau cakap senanglah. Kau ingat nak cari suami tu macam pilih jering kat pasar? Mana yang kau nampak besar, kau kaut?

BILA Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yang terjadi, dia mahu satu-satu anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Dia dah tak tahan dengan sikap anaknya yang kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkan kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.

Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe yang sudah berusia 55 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yang sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya.

Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya, rejected! Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?

“Memandangkan kau memang tahap malas nak kerja, abah nak kau cari suami. Kahwin! Biar suami kau ajar kau sikit erti sebuah kehidupan. Abah dah letih. Abah nak menantu sebelum usia abah 50 tahun!” – Pak Saad

“Aku ni kalau boleh, nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Sanggup terima aku yang kasar ni. Kau ingat tak penat, nak jadi lemah gemalai? Tu bukan diri aku. Aku tak suka hipokrit.' – Syahirah

“Tengok situasi. Buat masa ni aku masih belum jumpa lagi wanita yang aku cari. Nak cari kekasih hati ni, mana boleh dalam sekelip mata. Kenalah perlahan-lahan. Biasanya, benda yang kita dapat dalam sekelip mata ni, boleh hilang dalam sekelip mata jugak.” – Aidil.

“Saya faham situasi awak. Dalam masa sejam, kita boleh jatuh cinta pada seseorang tu. Tapi, untuk melupakan orang yang kita jatuh cinta dalam masa sejam tu, memerlukan masa berbulan-bulan, bahkan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk kita lupakan dia.” – Nazim



 19. Novel Pencuri Hati VS Penembak Cinta Karya Ailah Diela

22888929

 Sinopsis Novel Pencuri Hati VS Penembak Cinta Karya Ailah Diela :

I want a girl with a short skirt,
And long... long jacket...

Kenapa Gun kata lirik lagu ni memang kena dengan Maira? Ah… Bagi Maira, Gun ni hanya tahu menembak saja. Menembak dengan kata-kata yang menyakitkan, menembak dengan pandangan mata… dan mampu juga menembak hingga menusuk ke dalam hati Maira sehingga Maira dapat rasakan… sesuatu!

“Kau pernah pakai tudung tak? Umi cakap, rambut perempuan tu aurat. Kenapa kau tak pakai? You must look so beautiful when you wear the scarf. I can imagine that. Mesti kau nampak cute gila kan?”

Maira semakin gelisah apabila ada satu rasa yang dia sendiri tidak pasti apabila bersama dengan Gun, lelaki yang dulunya dia gelarkan sebagai mr. naughty. Tapi bagaimana dengan tunangnya, Fatah? Mr. handsome yang selama ini Maira rasakan paling handsome, paling romantik dan mempunyai senyuman yang paling menawan itu? Adakah Maira telah curang dengan tunangnya sendiri? Ohhh… macam tak sesuai aje! Baginya, Fatah tetap segala-galanya. Gun hanyalah sesuatu yang belum pasti.

Adakah Gun telah berjaya membuatkan hati Maira berubah arah? Adakah hati Gun juga berjaya ditawan oleh Maira, seorang gadis yang penuh persona dan sentiasa dapat memikat mana-mana lelaki yang memandangnya? Dan adakah Fatah akan menerima semua itu dengan hati yang terbuka tanpa mahu mempertahankan cintanya terhadap Maira?

“It's true, my lovely hubby. You are the most handsome guy that I have ever meet. Mata yang memukau pandangan. Hidung yang macho. Bibir yang tersangatlah seksi. Dan janggut kambing yang very interesting!”

20. Novel Perempuan Paling Bahagia Karya Syamnuriezmil

30060345
Sinopsis Novel Perempuan Paling Bahagia Karya Syamnuriezmil : Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia. 
Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam. 
Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa. 

"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA 
"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA 
"Rosyam Nor." -ARISSA 

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu. 

“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal. 

“Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

21. Novel Red Velvet Karya Acik Lana

29528425
Sinopsis Novel Red Velvet Karya Acik Lana : Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

22. Novel Titian Cinta Karya Ridhya Iman

18620546

Sinopsis Novel Titian Cinta Karya Ridhya Iman : Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti? 


23. Novel Wanita Terindah Karya Ezza Mysara

Wanita Terakhir

Sinopsis Novel Wanita Terakhir Karya Ezza Mysara

“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?” – Nuryn Nafeesa.

Yang suka marah itu ialah Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Dan yang mulut tidak ada insurans itu juga Fahim Aiman.

Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Cuma Fahim yang tidak pernah mahu mengakuinya. Cuma Fahim yang cuba menidakkannya.

Namun, bila tiba detik di mana dia perlukan pertolongan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

“Kita nikah. Let’s do it for Fikri.” – Nuryn
Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tidak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.
“Esok I uruskan borang. Kita nikah.” - Fahim

Tiada cinta di hati Fahim buat Nuryn tapi kenapa bila Nuryn rapat dengan Ricky, hati dia jadi cemburu? Dan siapa sebenarnya Reena di hati Fahim?

“Fahim itu bekunya seperti ais, kena caranya pasti akan mencair.” – Nuryn

Berjayakah Nuryn Nafeesa mencairkan hati beku seorang Fahim Aiman?

24. Novel Pakcik Kerek Semanis Pavlova Karya Aliesha Kirana

34864673

Sinopsis Novel Pakcik Kerek Semanis Pavlova Karya Aliesha Kirana : Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah.

“Lain kali, berjalan tu tengok depan.”- Megat Talhah

“Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja.”- Ajda Sajidah

“Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja.”- Megat Talhah

Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya.

“Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku.”- Qisya

Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela!

“Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?”- Megat Talhah

Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu?

 25. Novel Dr Alpha Male Karya Anjell

 Dr. Alpha Male
 Sinopsis Novel Dr Alpha Male Karya Anjell : Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH 

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?


26. Takdir Untukku : Drama Adaptasi cerpen.

27. Novel Mr Delicious Karya Marissa
Mr. Delicious

Sinopsis Novel Mr Delicious Karya Marissa : Semua, atau tak payah langsung!

Beberapa tahun lalu di zaman sekolah menengah…

“Oh, jadi kau stalk kita orang, ya? Boleh tahan pervert juga kau ni, ya…” – ZARAA

“Ya, aku memang dah lama stalk korang semua. Sekolah aku kat sebelah aje. Sebenarnya aku jealous sebab aku nampak korang bertiga ni selalu aje happy-go-lucky. Aku pula jenis yang susah yang nak cari kawan. Errr, lupa pula aku nak kenalkan diri. Nama aku Aiman.” – AIMAN

Bermula dari zaman sekolah itu, Zita, Zaraa dan Fina semakin rapat dengan Aiman yang mereka gelar sebagai Mr. Delicious.

Konflik bermula bila Aiman mula jatuh cinta. Bukan seorang, tetapi dia jatuh cinta kepada ketiga-tiga sahabatnya.

“Kau memang tak berhati perut, Aiman. Suka mempermainkan perasaan kita orang!” – ZARAA

“Kau takut Aiman tetap takkan terima kau? Kau takut untuk terus percayakan cinta lagi? Dan kau takut kau takkan jumpa jodoh kau lagi?” – ZITA

“Okey, okey, okey... Sebelum kita balik KL, jom kita janji... Kita akan kekal BFF dan anggap Mr. Delicious tu macam abang kita aje, sampai bila-bila, janji?” – FINA

Namun, hadir pula Melina di antara mereka menyebabkan kehidupan sahabat-sahabat itu tambah huru-hara. Apakah Aiman si Mr. Delicious terpaksa memilih Melina demi menjaga hati ketiga-tiga mereka?

Siapakah yang berjaya merebut hati Mr. Delicious dan apakah ada di antara mereka yang bakal berputih mata? Nikmatilah kisah persahabatan dan percintaan Mr. Delicious bersama gadis-gadis di sampingnya dari Kuala Lumpur sehingga ke Las Vegas, Amerika Syarikat. 



Drama adaptasi novel yang sudah ditayang di kaca tv

  1. Arluna ( Astro Ria) done
  2. Awak suka saya tak? (Astro ria)
  3. Biniku Ninja (Astro Oasis) done
  4. Cik serba tahu ( Astro ria) done
  5. Dia segalanya RTM tv1 done
  6. Encik Suami Mat Salih Celup ( Slot Dahlia tv3) done
  7. Gaduh- gaduh sayang (RTM) done
  8. Hero seorang Cinderella ( Astro Ria) done
  9. Hikayat Si Pematah Hati Astro Ria done
  10. Jadikan Aku yang kedua Astro done
  11. Jejak Karmila ( Slot Zehra TV3)done
  12. Mencintaimu Mr Photographer done
  13. Meh, Sandar pada aku! ( Slot Dahlia tv3)
  14. Mr Stalker saya cinta awaklah Hypp tv done
  15. Namaku Bedah (TV9)
  16. Pembancuh Kopi Mr Vampire Hypptv done
  17. Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin( Slot Akasia tv3) done
  18. Pergilah Air Mata (RTM1) done
  19. Sayang papa saya tak? (Astro ria) done
  20. Semusim Rindu Astro Prima done
  21. Shh. I love you ( Slot Akasia tv3) done
  22. Suami Paling Sweet ( Slot Akasia ) done
  23. Urusan hati Cik drama Queen( Astro ria) done
  24. Permata Hati Astro First done

2 comments:

  1. skarang semua mmg nak adaptasi dari novel saja kisahnya hehe..

    ReplyDelete
  2. Banyaknyaaa.. Novel yang best2 pulak tu diadaptasi..

    ReplyDelete