Artikel Terkini

Monday, July 24, 2017

Buruh Binaan Sanggup Menggadai Nyawa Demi Sesuap Nasi

♥ Assalamualaikum ♥

Buruh Binaan Sanggup Menggadai Nyawa Demi Sesuap Nasi : Renungkan sejenak, anda cukup beruntung. Dapat bekerja dalam ofis yang berhawa dingin. Tapi bagaimana pula dengan nasib buruh binaan. Demi sesuap nasi sanggup menggadaikan nyawa. Memang anda tetap beruntung. Dalam sedar tak sedar, anda tak pernah menghargai pun sedikit pengorbanan mereka. Renung-renungkan lah, mampukah anda menjadi sebahagian daripada mereka.

kredit - imej google

Memilih kerjaya sebagai buruh binaan perlukan disiplin yang tinggi. Perlulah sentiasa berhati-hati. Tapi ada sesetengah masyarakat, memandang serong pada kerjaya buruh binaan. Jangan begitu, sebab mereka tak mampu menjadi sebahagian daripada kamu. Yang hanya duduk dalam ofis berhawa dingin.

Pernah tak anda berfikir, anda mampu tak jadi sebahagian daripada mereka. Pastinya anda tidak mampu. Berpanas terik dengan kerja yang berat. Malahan terpaksa menggadai nyawa hanya untuk sesuap hati. 

Namun mereka adalah insan yang cukup berani. Berani hanya inginkan sesuap hati. Perut anak-anak dan keluarga perlu diisi. Biarlah pun nyawa menjadi taruhan, asalkan dapat memberi kebahagiaan dan kelengkapkan untuk anak-anak.

8 jam berpanas, 8 jam bergelut dengan nyawa, mampukan anda. Renung-renungkan lah. Janganlah pandang sebelah mata dengan kerjaya mereka. Sebab mereka banyak membantu pembangunan negara. 

Walaupun hanya bergaji kecil. Hargailah mereka. 


2 comments:

  1. Terkesan dengan entry ni. Kekuatan fizikal tu yang wajib ada pada mereka semua yang bergelar buruh binaan kalau macam yang kerja office ni sakit sikit boleh Mc gaji still jalan kalau mereka tak kerja takde gaji.

    ReplyDelete
  2. cabaran dunia.. btul bruntung yang kerja dalam office ekon semua. bahagian dan ujian masing2.. semoga tabah sentiasa mencari rezeki halal..

    ReplyDelete