Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, July 28, 2017

Biodata Afiffah Nasir Pelakon Izinkan Aku Mencintaimu

♥ Assalamualaikum ♥
Biodata Afiffah Nasir Pelakon Izinkan Aku Mencintaimu : Jeng-jeng isu hangat tengah naik status. Semoga apa yang berlaku dapat diselesaikan baik. Siapakah Afiffah Nasir ini, pastinya ramai yang lebih mengenali. Adik kepada pelakon cantik Anzalna Nasir. Lebih gempak lah, beliau dikaitkan dengan isu....bla...bla...Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut dengan asal usul beliau. Bolehlah ikuti Biodata Afifah Nasir.

Nur Afifah binti Md Nasir (lahir pada 15 Februari 1993) atau lebih dikenali sebagai Afifah Nasir (Jawi : عفيفه ناصر ) merupakan seorang pelakon dari Malaysia yang baru menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Afifah juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon.

Nama : Nur Afifah binti Md Nasir @ Afifah Nasir
Tarikh Lahir : 15 Februari 1993
Umur : 24 Tahun
Tempat Lahir : Tasik Gelugor, Pulau Pinang
Kediaman : Kuala Lumpur
Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : Pelakon
Tahun Aktif Berlakon : 2015 hingga kini
Saudara : Anzalna Nasir (Kakak)
                  Mia Nasir (Kakak)
Instagram : @afifahnasir93
Kelulusan Akademik : Lulusan Psikologi dan komunikasi dari unversiti di Australia. 

Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik, dan merupakan seorang lulusan psikologi dan komunikasi dari sebuah universiti di Australia. Beliau mula terbabit dalam bidang seni, secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram. Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip 'Aku Bukan Bimbo' yang ditayangkan di Astro, lantas membuka ruang untuk Afifah dalam bidang lakonan. Afifah pada mulanya teragak-agak kerana lebih berminat dengan dunia nyanyian, bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani uji bakat.
Afifah telah memegang watak utama dalam drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit. Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Hafreez Adam, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, Kismah Johar dan Azam Pitt, yang disiarkan mulai 30 November ini pada setiap hari Rabu dan Khamis, menerusi saluran  HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).
(Sumber - https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Afifah_Nasir)

2 comments:

  1. canton, young and smart...hope she has the right mind and attitude too, to be an artist one has to have strong feet on the ground and not to blinded with idle infatuation.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN