Artikel Terkini

Friday, July 14, 2017

Akhirnya Blog Lulus Google AdSense

♥ Assalamualaikum ♥
Akhirnya Blog Lulus Google AdSense : Orang lain dah berkali-kali cashout income. Cik akak baru je nak memulakan langkah. Berapa kali hantar permohonan. Namun ditolak mentah-mentah oleh pihak mereka. Kau rasa apa yang cik akak rasa. Mahu nangis tak terdaya cik akak..haha..Apa yang lagi membahagiakan jiwa dan perasaan seorang blogger macam cik akak ini adalah "Bila kau lulus google AdSense". Ya penantian cik akak berakhir...tapi permulaan langkah perlu diteruskan. Akhirnya Blog Lulus Google AdSense hanya itu yang mampu cik akak bicarakan.

Bagaimana Blog Boleh Lulus Google AdSense? cik akak tak letakkan apa-apa harapan tinggi. Sebab cik akak tahu, blog cik akak apa yang ada. Blog drama wei. Korang pun jemu. Yang tak jemu, hanya natizen yang sudi klik pautan drama yang cik akak naik muat dalam entri. Mungkin korang tertanya-tanya "Bagaimana Blog Boleh Lulus Google AdSense?", dan mungkin apa desas-desus insan yang tak berpuas hati. Blog macam tu boleh lulus adsense. 

Sebenarnya, sebelum lulus google adsense ini, cik akak dapat email dari pihak google adsense. Memohon cik akak hantar permohonan. Mula-mula cik akak, abaikan sahaja email tersebut. Selang berapa hari, cik akak cuba APPLY. Dekat seminggu lebih juga cik akak tunggu jawapan dari google adsense. Cik akak tak letak apa-apa harapan, lulus tak lulus. Tu perkara belakang hari..haha..

Malam selasa 12.07.2017, cik akak dapat email dari google adsense. Jiwa dan perasaan berdebar-debar. Dah sebijik macam orang nak kawen..haha..Buka email dengan jantung dup dap....alhamdulillah blog cik akak lulus adsense. 

Blog Dah Lulus Google AdSense, tapi banner tak reti lagi nak pasang. Mohon tunjuk ajar dari status facebook cik akak. Ada yang tak jemu membantu. Ada lagi yang diam-diam sorokkan diri sebab tak nak berkongsi ilmu. Tak apa yang penting, masih ada insan yang sudi membantu. Terima kasih cik akak ucapkan kepada blogger yang cik akak baru kenal, depa memang sporting. Sentiasa jawab persoalan cik akak. Nak mention blog, cik akak kan baru kenal..haha...yang penting, korang sokong kerjaya cik akak sebagai blogger.

Bagi rakan blogger yang masih belum lulus google adsense. Jangan jemu menghantar permohonan. Cuba berkali-kali hingga berjaya. Pastinya korang pun boleh ikut jejak langkah cik akak. Cuma cik akak takutkan, ada mata-mata yang tak berpuas hati dengan kelulusan google adsense tersebut. 


6 comments: