Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, July 21, 2017

29TH SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 BERSIARAN PADA 19 OGOS 2017-30 OGOS 2017


♥ Assalamualaikum ♥
29TH SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 BERSIARAN PADA 19 OGOS 2017-30 OGOS 2017 : Sukan SEA ke-29 akan berlangsung pada 19 Ogos 2017 hingga 30 Ogos 2017. Malaysia sebagai tuan rumah untuk Sukan SEA kali ini. Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur ini bakal melibatkan 11 negara asia. Antara Malaysia. Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. 29TH SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 bakal dirasmi pada 19 Ogos 2017 bertempat di National Stadium, KL Sports City, Bukit Jalil. 


 Sejarah Sukan SEA Yang Perlu Anda Tahu
Dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara), ia telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1959. 

Pada temasya berkenaan, enam buah negara iaitu Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos telah bertanding di dalam 12 acara sukan. 

Berdasarkan sistem giliran yang baharu diperkenalkan, Brunei dipilih menjadi tuan rumah seterusnya iaitu untuk Sukan SEA 2017 dan diikuti oleh Malaysia pada tahun 2019. Bagaimanapun, Brunei telah memaklumkan bahawa ia belum bersedia untuk menjadi tuan rumah buat masa ini. 

Sehubungan itu pada 14 Julai 2012, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah membuat tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 dan tawaran tersebut telah pun diterima dan dipersetujui. 

Pada tahun 2019, sukan dwitahunan ini akan diadakan di Filipina dan kemudiannya di Vietnam pada tahun 2021. Pada tahun 2023, Kemboja pula akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya. 

Sukan Para ASEAN yang pertama pula telah diadakan pada tahun 2001 di Malaysia. Ia di ikuti dengan Vietnam (2003), Filipina (2005), Thailand (2007), Laos (2009), Jakarta (2011), Myanmar (2013) dan Singapura (2015). 

Penganjuran kejohanan dwitahunan untuk atlet kelainan upaya ini bertujuan untuk mengeratkan persahabatan antara atlet-atlet di samping menyokong perkembangan sukan serantau. Ia juga bertindak sebagai satu platform untuk membantu atlet paralimpik diiktiraf dan diterima di dalam masyarakat ASEAN. 

Atas faktor-faktor ini, Persekutuan Sukan Paralimpik ASEAN (APSF) telah memutuskan untuk mengadakan Sukan Para ASEAN sebaik sahaja tamatnya Sukan SEA, sebagaimana yang diamalkan untuk penganjuran Sukan Olimpik dan juga Sukan Asia. 

Kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP adalah pada tahun 1965. Sehingga kini, Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. 

Ketika Sukan SEA 2001, Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 111 pingat emas, diikuti oleh Thailand (103 pingat emas) dan Indonesia (72 pingat emas). 

Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada sukan berbilang acara terbesar di Asia Tenggara, sekaligus menyamai rekod Thailand yang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak enam kali."  (kredit sumber : Sejarah Sukan SEA)

Logo Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur 2017

Kuala-lumpur-2017.png
Logo Sukan Asia Tenggara 2017
Bandar tuan rumahKuala Lumpur
NegaraMalaysia
MotoBangkit Bersama
(Inggeris: Rising Together)
Penyertaan negara11
Penyertaan atletTBA
Acara405 dalam 38 Sukan
Upacara pembukaan19 Ogos 2017
Upacara penutup

Laman Sesawang 
30 Ogos 2017

Sukan SEA 2017

Jadual Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 : Bagi yang inginkan informasi tentang jadual perlawanan, cik akak sertakan jadual tersebut di bawah. Tarikh dan masa perlawanan boleh dirujuk.



Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2017 (SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR


2 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN