Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, June 3, 2017

Sistem Guru Online (SGO) Lebih Memudahkan Tenaga Pengajar Dan Ibu Bapa

♥ Assalamualaikum ♥

Sistem Guru Online (SGO) Lebih Memudahkan Tenaga Pengajar Dan Ibu Bapa : Zaman dah maju, semua benda kini hanya di hujung jari. Buat kerja pastinya lebih mudah dan pantas dengan menggunakan online. Sekarang ni pun tenaga pengajar lebih dititikberatkan menggunakan sistem online. Arus perubahan yang mendadak, tapi lebih mudah dan ringkas. Maklumat yang hendak disampaikan pun boleh diterima dengan kadar segera. Pernah tak korang dengar Sistem Online Guru SGO. Mungkin ya ataupun sebaliknya. Tapi dengan adanya laman web sedemikian, maka lebih mudah untuk untuk para guru mendapat bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.


Sistem Guru Online (SGO) ialah website pendidikan yang sangat berguna untuk para guru, ibubapa dan murid-murid yang bersekolah di sekolah rendah dari tahun 1 hinggalah UPSR tahun 6 begitu juga yang di sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5 termasuk PT3 dan SPM.

Laman website ini juga berkongsi pelbagai contoh-contoh soalan peperiksaan, nota dan bahan mengajar serta pelbagai lagi. Selain itu juga, pautan online contoh SAPS, ADPM dan sebagainya juga dikongsikan. Ia lebih memudahkan para tenaga pengajar dan ibu bapa mendapat maklumat serta bahan penting untuk anak-anak anda. 

Dengan adanya kewujudan website ini, guru dan ibu bapa tak perlu mengeluarkan kos lebih untuk mendapatkan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Nah mudah kan.

Bagi tenaga pengajar dan ibu bapa yang berminat bolehlah intai-intai website tersebut. Klik link pautan »»https://www.sistemguruonline.my/

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN