Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, June 3, 2017

Sinopsis My Sweet Lavender Gandingan Adi Putra, Zara Zya Dan Aeril Zafrel

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis My Sweet Lavender Gandingan Adi Putra, Zara Zya Dan Aeril Zafrel : Drama ini kini dah bersiaran melalui slot Azalea tv9. Di bintangi oleh pelakon Adi Putra, Zara Zya dan Aeril Zafrel. Drama bersiri ini mengandungi 20 episod penuh. Jom layan sinopsis my sweet lavender. 



SINOPSIS MY SWEET LAVENDER
Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal.

Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.

Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.

Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya.

Dua minggu berlalu dan Laila sedar dengan disahkan dia hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila? Benarkah hakikat Laila ibu kepada tiga orang anaknya. Drama ini bakal merungkai kisah hidup Laila.

Sumber sinopsis My Sweet Lavender -kelimerah.com

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN