Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Monday, June 19, 2017

Selesai Bayar Zakat Fitrah

♥ Assalamualaikum ♥

Selesai Bayar Zakat Fitrah : Duit raya boleh bagi kat indivodu. Tapi jangan pula abaikan zakat fitrah anda. Selagi termampu, sila bayar. Tak rugi pun untuk korang. Cik akak dah terbayar zakat fitrah. Alhamdulillah, baru lega. Selagi tak terbayar selagi tu rasa tak bebas. Ingat raya, jangan lupa zakat fitrah.


Kenapa ada dua keping...hihi...cik akak tolong bayarkan untuk adik cik akak. Takut dia terlupa. Begini hidup bujang, sendiri-sendiri bayar zakat. Nak juga merasa orang sebelah tolong bayarkan. Semoga ada rezeki orang sebelah bayarkan. Hihi..

Bila dah selamat selesaikan urusan zakat fitrah. Baru fikirkan duit raya. Rasanya tahun ni, rezeki duit raya terpaksa ditundakan..haha..maklumlah bajet cik akak dah lari sepintas lalu. Kena juga fikir bajet untuk lepas raya. Maklumlah gov gaji lambat lagi. Nangis tunggu hujung bulan tau...tu kena berjimat cermat. 

Zakat fitrah dah lepas, baju raya pun dah lepas. Ingatkan dapat sepasang je baju raya. Tapi tahun ni rezeki baju raya cik akak sampai 5 pasang...banyaknya...bukan sengaja beli banyak. Tapi nak belikan baju ibu, sampai umah tak muat lak untuk ibu..haha...tiap tahun begitu kalau cik akak beli. Mesti tak muat. Jadi baju tu, terpaksa cik akak ambik balik..haha..bukan buruk siku tau. Tak tak ada tubuh kecil yang muat untuk saiz tu. 

Cuma sekarang ni, cik akak kena fikirkan bajet kek raya. Hahaha...nak buat 3 kek. Moga2 tersempat lah cik akak membaking bagai. 

Persiapan raya tahun ini memang sederhana je. Cukup lepas untuk sambut tetamu. Dah bersyukur. Tak payah nak nampak grand bagai. 


1 comment:

  1. Insha Allah, satu hari nanti akan ada orang yang bayarkan untuk awak nanti.. =) amboii sakannya beli baju raya, akak baru nak cari pada malam raya nanti...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN