Hasil Duit Iklan Adnow Di Blog

♥ Assalamualaikum ♥

Hasil Duit Iklan Adnow Di Blog : Kali pertama berjinak-jinak merpati dengan iklan adnow. Alhamdulillah merasa juga nilai USD kan. Tak dapat segempak adsense pun tak apa. Yang penting nilai usd tu..haha..kali pertama cik akak berkerjasama dengan iklan adnow. Nampak gayanya ada juga hasil. 


Lama juga kena tunggu dapat duit adnow ni. Dekat berbulan juga. Dua kali cik akak hantar email akhirnya pembayaran dibuat. 

Kemain lagi berhangat dapat duit nilai usd ni. Cik akak dapat kumpul $20.45. Dah ditolak dengan proses tinggal lah $19.25. Bila ditukar kepada ringgit malaysia. Cik akak dapat lah rm77.21. 

Kan banyak cik akak dapat. Hari ini dapat pula cek nuffnang. Jumlah rm62.13. Alhamdulillah pendapatan blog bulan ramadan ni diluar jangkaan cik akak. 

Hujung bulan ini, kira-kira lepas raya, dapat pula duit innity. Syukur sangat rezeki blog. Boleh tampung bajet cik akak lepas raya.
Hasil Duit Iklan Adnow Di Blog Hasil Duit Iklan Adnow Di Blog Reviewed by Nao Mei on 9:17:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Tahniah cik akak...boleh buat untuk duit raya...hihi

    ReplyDelete
  2. Whoa, boleh topup2 duit raya kannn

    ReplyDelete
  3. tahniah.. boleh cuba adnow ni ler juga.. hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.