Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, June 6, 2017

Drama Andainya Takdir "Lain Dari Yang Lain"

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Andainya Takdir "Lain Dari Yang Lain" : Ada tak di kalangan pembaca blog cik akak yang terfollow drama berantaian yang menghiasi slot samarinda tv3. Drama menggandingkan syukri yahaya dan nina iskandar. Penampilan puteri balqis lagi menghangatkan drama tersebut. Memaparkan kisah kekeluargaan yang penuh dengan pengajaran dan nilai-nilai kemanusiaan. Watak syukri yahaya yang panas baran namun beliau amat menyayangi isteri dan anaknya. Drama Andainya Takdir "Lain Dari Yang Lain" ini bakal mengangkat drama ini sebagai pilihan penonton. Saksikan slot samarinda tv3 bersiaran isnin hingga khamis jam 10 malam.
Andainya Takdir Poster
Andainya Takdir ini mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahaya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disukai akan mengundang belasahan Airil.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya.
Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.
Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat.
Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
sumber-https://www.tontonextra.com.my/

1 comment:

  1. x tengok cerita ni..adui mesti sakit hati tengok

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN