Artikel Terkini

Monday, June 5, 2017

Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja Karya Azlan Andi

♥ Assalamualaikum ♥
Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja Karya Azlan Andi : Drama adaptasi novel ini dah bersiaran di astro oasis. Mungkin ada di antara peminat dah terfollow drama ini. Drama adaptasi novel yang diterajui oleh pasangan suami isteri iaitu pelawak jihan muse dan engku hariz. Drama adaptasi novel biniku ninja karya azlan menceritakan kisah pasangan suami isteri dan realiti kecintaan kepada NYA. Rugi tak memfollow drama adaptasi tersebut.

Sinopsis Novel Biniku Ninja : Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni. Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar. Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara. 

No comments:

Post a Comment