Artikel Terkini

Sunday, June 11, 2017

Cik Akak Geram Dengan Kaki Autopost Blog

♥ Assalamualaikum ♥

Cik Akak Geram Dengan Kaki Autopost Blog : Siapa tak geram, elok2 korang cari artikel yang boleh korang kongsi. Dan satu pihak lagi buat auto copy entri korang. Mana tak angin...mana tak geram. Cik akak dah perati lama. Tapi cik akak malas nak kecoh. Helo, makcik pun ada had kesabarannya. Tapi agak-agak. Nak kejar traffik dan dapat income blog dengan berjuta-juta lemon, tapi tolong jangan copy autopost blog makcik. Jangan ingat makcik diam. Korang boleh buat sesuka hati je. 


Cik akak tak kisah korang nak kopi paste. Tapi dengan cara beretika. Ambil part yang penting je. Tak kan nak kopi sampai ayat mukadimah cik akak. Penat cik akak olah ayat tu tau. Ayat macam tu pun korang nak rembat sekali. Memang buta huruf kot korang ni. 

Geram sentap semua ada. Manusia ni buat yang elok lagi berfaedah tak mahu. Nak juga fikir jalan pintas. Menyusahkan orang lain. Ko ingat aku naikkan blog aku hanya dengan petik jari je ke? Bukan mudah bagi cik akak, bertahun-tahun nak capai tahap tu. Yang ko jadi hantu lanun autopost entri cik akak, sampai bila. Tak kan nak sampai beranak pinak. Rezeki blog tu ko makan kan. Karang orang lain tak halal. Ko jawab lah sendiri. 

Sekali lagi, cik akak tak suka ko buat gitu. Masih juga buat. Ala setakat copy paste memang tak ada masalah bagi kau. Tapi bagi cik akak, selaku tuan blog, amat payah. Lebih-lebih lagi entri di autopost. Mahu tak meroyan...

Lepas ni,dah hantar email ni, adalah terbit insaf di hati ko cik puan ye. Mohon-mohon dapat hidayah di bulan ramadan nie. 

6 comments:

  1. sabar tau cik akak..phm perasaan tu..penah kena jgk..

    ReplyDelete
  2. Sabar cik akak bulan2 pose ni .. kalau CCL ada kt tempat cik akak ..CCL pun akan rasa benda yang sama ..penat2 kita perah idea keluarkan ayat ..senang pula si copy cat ambil

    ReplyDelete
  3. Kesian makcik.. Boleh report dengan Google..

    Nanti website tu akan dibannned

    ReplyDelete
  4. Copy info ok lagi. Ni sampai ayat mukadimah di copy, melampau sangat...

    ReplyDelete