Artikel Terkini

Saturday, June 3, 2017

Bolehkah Mandi Di Siang Hari Pada Bulan Puasa?

♥ Assalamualaikum ♥
Bolehkah Mandi Di Siang Hari Pada Bulan Puasa? : Setiap kali menjelang puasa, inilah yang kita cari. Sebaik-baik kita inginkan puasa yang diberkati dan diredhai. Mungkin anda tertanya-tanya, Bolehkah mandi di siang hari pada bulan puasa?  Pelbagai persoalan yang anda masih tak ada jawapan. Musim panas, memang itu cabaran dalam puasa puasa. Kalau nak diikutkan nafsu duniawi. Mungkin kita dah terminum air bagi melegakan kehausan. Islam itu indah, sesekali tak akan membebankan umatnya. Untuk pengetahuan korang, di haruskan mandi di siang hari bagi melegakan kehausan. Tapi harus berhati-hati jangan sampai air masuk ke rongga badan seperti telinga dan hidung. Mandi di siang hari tidak membatalkan puasa. 
Jawapan: Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).

Tag sumber : blog islamituindah

1 comment:

  1. Mandi berendam terlalu lama sahaja tidak boleh..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!