Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, June 14, 2017

Bila Kahwin Perkara Pertama Yang Korang Ingat Adalah Anak

♥ Assalamualaikum ♥
Bila Kahwin Perkara Pertama Yang Korang Ingat Adalah Anak : Perkahwinan memang semua kita inginkan. Tapi tak semua terpilih untuk memiliki pasangan dalam masa yang singkat. Kawan sama sekolah semua dah kahwin. Tapi kita masih menanti, siapakah jodoh kita. Cepat atau lambat berserah pada janji Allah. Ya semua kita ditakdirkan berpasangan. Bila berkahwin pasti perkara pertama yang kita ingat ialah anak. Rezeki anak tak semua pasangan merasai. Allah bagi nikmat memiliki anak atau sebaliknya. Oleh itu bersabarlah. Tak payah takut dengan mata-mata sinis masyarakat. Sebab anda adalah insan yang terpilih.
Imej google


Berkahwin dan memiliki anak.

Ya...memang itu yang pasangan berkahwin inginkan. Bahagia dan nikmat bila memiliki cahaya mata. Terasa bahagia bila punyai darah daging sendiri. Tapi, di luar sana tak semua pasangan merasai apa yang pasangan lain rasai. Walaupun hakikat ingin merasa nikmat memiliki cahaya mata. Namun bertahun-tahun menanti dengan sabar...tapi hasil tetap sifar. 

Mungkin persoalan seringkali menghantui anda. Orang lain kahwin tak sampai setahun sudah mempunyai anak, tapi aku masih belum. Jangan berfikiran begitu. Kerana kasih sayang Allah tak pernah berbelah bahagi. Mungkin sekarang bukan rezeki kamu...esok lupa pasti kamu akan dibayar dengan anugerah yang terindah. 

Tapi...masyarakat sekarang kurang faham. Tak ada anak, pasangan dipersalahkan. Kata mandul...Ya Allah...sakit bila ada sesetengah masyarakat yang berfikiran sedemikian. 

Anda tak perlu takut, tak perlu beralah. Berdoa selagi termampu dan bersabar dengan ujian duniawi kamu. Ahhh berat mata memandang..berat lagi bahu memikul. Bercakap memang sesiapa pun boleh. 

Cik akak tahu...kamu mampu bertahan hingga ke akhir hayat. Cik akak tahu kamu mampu bersabar. Tak hari ini kamu diberikan permata hati. Mungkin esok atau lusa. Berdoalah dan berusaha.

Mungkin hati kamu menangis, bila masyarakat tak memahami. Tak gusar, Allah sentiasa bersama kamu. Anggapan masyarakat kita tak boleh nak elakkan atau nafikan. Yang penting hati kamu.

Bila orang lain dapat anak. Kamu mungkin terasa hati. Tak perlu begitu, anggap bahagia orang lain adalah bahagia pasangan anda. Cukuplah melihat nikmat Allah di depan mata dengan penuh kesyukuran. Sebab kamu insan terpilih dengan kasih sayang Allah.

1 comment:

  1. anak adalah pengikat kasih sayang..

    kalau tak de anak..

    pun ok juga...

    ambik anak angkat

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN