Artikel Terkini

Friday, June 9, 2017

41 Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

♥ Assalamualaikum ♥

41 Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa semua individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Syarat lantikan untuk jawatan ini ialah anda pemegang sijil pelajaran malaysia (SPM). Kelayakan akademik juga dititikberatkan. Rujuk syarat-syarat penuh di bawah. 41 kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19 ini boleh dimohon melalui pautan >>http://www.spa.gov.my

Iklan


  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
    • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      • mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
      • lulus Peperiksaan Khas; dan
      • had umur pelantikan:
        • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
        • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
        • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

  • Deskripsi Tugas:
    Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
Jawatan ini hanya dipohon secara online. Salinan hard copy memang tak diperlukan. Yang penting korang tekan butang hantar. Bagi calon-calon yang bakal menghadiri temuduga, boleh rujuk Panduan Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah. 

Tarikh tutup permohonan 18 Jun 20117 (Ahad) jam 11.59 malam.

3 comments: