Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, May 17, 2017

Untungnya Jadi Cikgu

♥ Assalamualaikum ♥
Untungnya Jadi Cikgu : Ya memang untung. Sebab gaji besar. Cuti pun memang banyak. Budak cuti sekolah. Maka depa pun cuti sekolah. Kenapa untungnya jadi cikgu? Selamat Hari Guru.
~ Untungnya Jadi Cikgu ~

Hasil carian imej untuk cikgu

Kata orang..
Kerja cikgu ini senang
Masuk kelas bersenang-lenang
Pelajar tak ada yang ragam
Untungnya jadi cikgu.

Kata orang..
Jadi cikgu ini banyak duit
Kerja hanya separuh hari
Cukup bulan ambil gaji
Untungnya jadi cikgu.

Kata orang..
Kerja cikgu ini banyak cuti
Sabtu Ahad dia berehat
Pelajar cuti, cikgu pun cuti
Untungnya jadi cikgu.

Kata orang..
Jadi cikgu ini balik awal
Kerja lain pukul 5 di pejabat
Cikgu pukul 3 sudah istirehat
Untungnya jadi cikgu.

Kata orang..
Kerja cikgu ini tidak mencabar
Hari-hari kerja yang sama
Itulah kerjanya sampai ke tua
Untungnya jadi cikgu.

Kata orang..
Jadi cikgu ini kejam
Hari-hari hukum pelajar
Suka hati rotan mereka
Untungnya jadi cikgu.

Itu apa yang orang kata
Adakah sama hakikat sebenar?
Banyak perkara yang orang sedar
Tapi mereka tak pernah kata..
Tak adil satu pihak semata
Jawapan balas perlu dilontar.

Kata cikgu..
Kalau kami goyang kaki
Adakah pelajar pandai sendiri?
Bukan niat meninggi diri
Bukan maksud menimbul iri
Sekadar mahu perjelas situasi.

Kata cikgu..
Gaji kami tidaklah tinggi
Sekadar cukup keperluan sendiri
Syukur atas nikmat diberi
Pelajar jua rezeki dikongsi
Semoga tuhan sentiasa rahmati.

Kata cikgu..
Kenapa perlu persoal cuti?
Pelajar cuti, cikgunya belum pasti
Sekolah tetap tempat dituju
Langsai amanah tak pernah lelah.

Kata cikgu..
Dalam jadual habis tengah hari
Hakikat sebenar tenggelamnya mentari
Tak percaya?
Cubalah sekali
Tugas menanti tak pernah sepi.

Kata cikgu..
Mungkin benar tiada cabaran
Tapi kami punyai kebahagiaan
Di dalam kelas menjadi guru
Di tengah padang menjadi pengadil
Kerusi rosak, dialah tukang kayu
Pelajar sakit, cikgulah pemandu
Dialah pendidik, segalanya guru.

Kata cikgu..
Pelajar dihukum atas bersebab
Tiada guru sengaja mendenda
Niat guru cuma satu
Mahu pelajar menjadi berguna
Mahu mereka menjadi manusia.

Maafkanlah..
Andai hadirnya nota ini
Mengguris perasaan penyebar persepsi
Tiada niat mencetus riak
Tiada maksud mahu mengungkit
Jauh sekali diri merungut
Anggaplah ia luahan rasa
Penyedar buat jiwa-jiwa.

Bukalah mata
Lapangkan dada
Kosongkan jua minda
Cubalah..
Marilah belajar memahami kami
Sebelum anda mengadili kami
Agar semua lebih mengerti.

"Sekali kita bergelar guru, selamanya kita akan dipanggil cikgu. Berbahagialah.."

Sofuan Saadon
SMK Matu, Sarawak.

*Free to #SHARE
#copy&paste

2 comments:

  1. Selamat hari guru cik akak!! <33

    ReplyDelete
  2. Kalau nak untung jangan jadi cikgu.
    Hanya cikgu aje yang tau, betapa besarnya tanggungjawab menjadi cikgu.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN