Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, May 24, 2017

Sup Telur Simple Sesuai Untuk Menu Sahur Anda

♥ Assalamualaikum ♥
Sup Telur Simple Sesuai Untuk Menu Sahur Anda : Sup telur ni mudah je nak masak. Tutup mata pun ibu boleh buat.haha..sesaja cik akak kongsi, mana lah tahu. Ada yang nak belajar masak sup telur sebegini. Sup Telur Simple ni makan waktu cik akak demam. Tu je menambahkan selera cik akak. Biasa masak sup telur kosong je. Tak letak sayur bagai. 

Bahan-Bahannya 

  • Sebiji telur ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Serbuk lada
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air segelas kecil

Caranya mudah je. Tumis bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Lepas tu pecahkan telur dan masukkan ke dalam air tadi. Biarkan seketika dan kemudian lada. Biarkan seminit baru hidangkan. Mudah je kan. Kalau korang nak tambah ayam ke, jagung ataupun sayuran boleh je. Ikut selera masing-masing. 

Sup Telur Simple ni memang sesuai untuk menu sahur anda. Makan dengan nasi panas..aumm memang sedap. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN