Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Thursday, May 25, 2017

Semak Keputusan Ujian Anak Anda Di SAPS

♥ Assalamualaikum ♥
Semak Keputusan Ujian Anak Anda Di SAPS : Zaman dah maju, semua guna online je. Bahagialah ibu bapa boleh semak keputusan ujian anak-anak guna Sistem Analisis Peperiksaan Online. Dekat nak cuti sekolah ni, guru-guru terlibat dah keyin markah-markah pelajar. Ibu bapa boleh je semak online dengan hanya memasukkan nombor sijil lahir atau nombor kad pengenalan anak. Semakan Keputusan Ujian Anak Anda boleh dibuat di pautan link tersebut »»http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Dengan adanya SAPS ini, maka mudahlah ibu bapa memantau perkembangan pelajaran anak mereka. Aplikasi ini memang membantu dan memudahkan urusan ibu bapa. 

Cara Menyemak Keputusan Ujian Anak

  1. Masukkan No Sijil Lahir atau No Kad Pengenalan anak anda.
  2. Seterusnya klik bahagian sekolah. Pilih sekolah rendah atau sekolah menengah.
  3. Klik bahagian pilihan tahun. Pastikan korang klik tahun terkini.
  4. Masukkan kod pengesahan.
  5. Klik bahagian semak.
  6. Dah klik bahagian semak. Pastikan korang pilih ujian yang terkini.
Mudah dan senang je kan. Kebiasaan setiap kali ujian dijalankan di sekolah. Markah ujian pelajar memang di keyin di aplikasi ini. 

Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan. Boleh merujuk kepada guru kelas untuk memohon salinan keputusan prestasi anak masing-masing. Kalau kat sekolah cik akak, memang guru-guru siap print untuk semua pelajar yang terlibat. Guru kelas memang dipertanggungjawabkan untuk urusan tersebut. 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN