Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Thursday, May 4, 2017

Sejarah Tema Hari Guru Dari Tahun 1972 Hingga Tahun 2017 : Tema Hari Guru 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa

♥ Assalamualaikum ♥

Sejarah Tema Hari Guru Dari Tahun 1972 Hingga Tahun 2017 : Tema Hari Guru 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa : Sekali lagi tema Guru Pembina Negara Bangsa diguna pakai untuk tahun 2017. Selamat hari guru diucapkan kepada semua pendidik di Malaysia. 

Hasil carian imej untuk tema hari guru 2017

Pengenalan Hari Guru 
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Tema Hari Guru Dari Tahun 1972 Hingga Tahun 2017

Tahun
1
Guru Pembina Negara Bangsa
2017
2
Guru Pembina Negara Bangsa
2016
3
Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2015
4
Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2014
5
Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2013
6
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2012
7
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2011
8
Guru Pembina Negara Bangsa
2010
9
Guru Pembina Negara Bangsa
2009
10
Guru Cemerlang Negara Terbilang
2008
11
Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2007
12
Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2006
13
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005
14
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004
15
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003
16
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002
17
Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2001
18
Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2000
19
Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1999
20
Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1998
21
Guru Bestari Sekolah Bestari
1997
22
Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1996
23
Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1995
24
Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994
25
Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993
26
Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1992
27
Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1991
28
Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1990
29
Guru Pembina Budaya Ilmu
1989
30
Guru Pengasas Budaya Membaca
1988
31
Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1987
32
Pendidikan Teras Nasionalisme
1986
33
Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1985
34
Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1984
35
Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1983
36
Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1982
37
Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1981
38
Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1980
39
Murid Sejahtera Negara Jaya
1979
40
Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1978
41
Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1977
42
Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1976
43
Guru dan Pembangunan Negara
1975
44
Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1974
45
Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1973
46
Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1972

Objektif Hari Guru


  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

2 comments:

  1. ju dtg bw =D waa da byk tema rupany. mmg sgt ssuai dgn peranan para tnga pgajar =)

    hari guru sma tarikh dgn birthday mil ju, senang ingt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sedara cik akak sorang..hihi...16 mei

      Delete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN