Artikel Terkini

Monday, May 29, 2017

Resepi Ayam Masak Tomato

♥ Assalamualaikum ♥
Resepi Ayam Masak Tomato : Dekat nak berbuka puasa dah ni. Menu wajib korang petang nie apa pula. Semalam menu cik akak "Ayam Masak Tomato". Menu bujang cik akak ni, memang simple dan amat mudah disediakan. Bahan asas yang digunakan untuk menyediakan Ayam Masak Tomato pun mudah didapati di rumah anda.Maklum tuan blog bukan pro bab main masak-masak ni. Setakat boleh kurangkan lapar je..haha

Hasil carian imej untuk ayam masak tomato
harap maaf imej google je- tak sempat ambil gambar

Bahan-Bahannya :-
  • Seekor ayam - potong 8 atau 10 bahagian
  • 2 sudu besar Sos cili
  • 2 sudu besar Cili Giling- beli je kat supermarket
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 6 biji tomato - di bahagi 4 bahagian
  • 2 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit perasa
  • Air secukupnya
- bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk halus)

Cara-cara menyediakan :-

  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk perasa. Biarkan berapa minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling. Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan sos cili dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Gaul hingga rata dan tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih dan pastikan ayam korang betul-betul masak.
  5. Akhir sekali, masukkan tomato dan gaul sebati. 
  6. Siap Menu Ayam Masak Tomato dan hidangkan untuk menu sahur atau berbuka korang.

2 comments:

  1. ayam masak merah... sedapnya cik akak... :)

    ReplyDelete
  2. nmpk mudah nank sediakan untuk menu bbuka kan =)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!