Header Ads

Resepi Ayam Masak Kicap

♥ Assalamualaikum ♥
Resepi Ayam Masak Kicap : Resepi simple dan ringkas untuk menu berbuka anda. Nak masak waktu bersahur sempat lagi ni. sebab bahan-bahan yang cik akak guna untuk masak memang sedikit. Resepi biasalah cik akak buat-buat profesional..haha. Jom intai bahan-bahan dan resepi ayam masak kicap.
Hasil carian imej untuk ayam masak kicap
imej google
Bahan-bahannya
  • Sayap Ayam 4 ketul
  • Kicap pekat manis 3 sudu makan
  • 1 batang serai
  • Seulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia 
  • 1 tangkai cili padi - nak pedas boleh tambah berapa banyak
  • Sedikit perasa Maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis 

  • Bawang merah, bawang putih, serai, halia dan cili padi....boleh kisar @ atau guna lesung batu je.....
  • Panaskan minyak.....masukan bahan kisar tadi....goreng hingga naik bau....
  • Sayap ayam cik akak potong kecil-kecil...supaya cepat masak..lepas tu masukan sayap ayam....gaul hingga sebati. 
  • Lepas tu...tambah perisa maggi dan kicap....gaul sebati
  • Akhir sekali.......tambah sedikit air....biarkan mendidih dan pastikan kuah tadi kering....
  • Hidangkan utk menu berbuka @ bersahur anda....selamat mencuba

2 comments:

  1. nampak menarik ayam masak kicap ni...haha

    ReplyDelete
  2. Sedap nie.. Buat lauk bersahur pun best..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.