♥ Assalamualaikum ♥
Rawat Batuk Dengan Buah Nenas : Dah dekat dua minggu makcik demam bercampur batuk. Kalau setakat demam cik akak mampu lagi kudratnya. Kalau bertambah dengan batuk. Terus hilang semangat..isk..isk tak rela cik akak. Ni lah cik akak nak share rawat batuk dengan buah nenas pula. Mana lah tahu dapat membantu.
Rawat Batuk Dengan Dengan Buah Nenas nie nampak je mudah. Tapi jangan pula bagi kat bayi anda pula. Sebab buah nenas amat berisiko untuk perut si comel anda. Berpada-pada dan perlu berhati-hati.

Bila demam dan batuk berharap sangat nak elakkan makan ubat klinik atau hospital. Makcik tak rela. Kalau masih bersisa kudrat. Jangan klinik makcik nak jejak...haha...tu pasal bahaya sangat bila terdemam.

Sanggup cik akak cari ubat organik. Kebiasaan cik akak minum air madu je. Tapi sedihnya stok madu asli kat rumah dah kehabisan. Nak beli madu kat supermarket. Mak aii memang tak la. Sebab bukan madu asli. Madu asli memang mujarab merawat batuk. Tak percaya korang boleh cuma. 

Stok madu dah habis. Ada lagi satu peluang. Buah nenas! Buah nenas juga membantu mengurangkan batuk. Buat jus dan minum. Boleh juga tambahkan sedikit madu. 

Ahhh ada satu lagi cara cik akak. Minum air teh...kebiasaan ramai yang campur madu. Tak cik akak guna sedikit gula. Alhamdulillah berkesan merawat batuk cik akak. 

Korang berminat boleh lah cuba. Jangan bergantung harap sangat pada ubat-ubatan. 

Post a Comment

  1. cepat sembuh cik akak, Ya Fattah Ya Salam... dah lama tak makan nenas... yum...

    ReplyDelete


Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top