Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Tuesday, May 23, 2017

Pucuk Bebuas Bahan Rahsia Bubur Pedas Sarawak

♥ Assalamualaikum ♥
Pucuk Bebuas Bahan Rahsia Bubur Pedas Sarawak : Di Sarawak pokok bebuas memang tumbuh meliar di tepi-tepi jalan. Nak dapatkan pucuk bebuas memang mudah. Cuma zaman sekarang dah berubah. Anak-anak melayu rata-rata tak kenal dah dengan pokok bebuas ni. Kalau korang nak tahu, inilah bahan rahsia bubur pedas sarawak. Tak ada pucuk bebuas rasa keenakan bubur pedas sarawak pasti hilang auranya. Bagi anak-anak remaja yang tak kenal dan cinta pada pokok bebuas ni. Senang je, kalau ada kumbang lady bird pada daunnya. Bermakna itu pokok bebuas. Bau memang menyegat. Tapi daun pokok bebuas memang banyak khasiatnya. Selain menjadi bahan rahsia bubur pedas, ia juga boleh merawat darah tinggi dan pening kepala. Korang cubalah. 
Bebuasberuasbuas-buasambong-ambong lautpecah piringsingkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.
Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

2 comments:

  1. dekat semenanjung ada tak pokok ni cik Akak?sedapnya bubur pedas sarawak. harap dapat jumpa di bazar Ramadhan nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN