Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, May 17, 2017

Projek Memikat Suami

♥ Assalamualaikum ♥
Projek Memikat Suami : Jaga-jaga cik akak dah naik entri kasih sayang. Apa tunggu lagi, inilah peluang keemasan korang sebagai suri rumah. Gigih juga nak up entri sebegini. Sedangkan pengalaman sendiri pun tidak ada..haha..Yang penting, banyakkan teori. Praktikal bila datang seru jodohnya. Projek Memikat Suami bakal membongkar rahsia terbesar si suami.

Hasil carian imej untuk projek memikat suami

"Dia suamiku! Meskipun dia tak pernah cintakan aku, aku akan pikat dia sampai dapat". 


Inilah perlu si isteri tanamkan dalam diri. Nekad si isteri itu bakal mendatangkan hasil yang lumayan. Korang percaya tak bila cik akak cakap "Cinta Boleh Datang Dan Pergi". Pastinya ada segelintir tak mempercayainya. Lumrah hidup tak semua kekal abadi. Dia datang tanpa dijemput. Pergi tanpa pesan. Kenapa perlu wujud fasa sedemikian. "Kerana Allah Menyayangi Kita". Itulah alasan yang paling kukuh.


Projek Memikat Suami bukan sekadar melayan nafkah zahir batin suami. Tapi perlu diselangi dengan nilai kasih sayang dan cinta. Biarpun tak nampak di mata orang lain. Tapi anda dan pasangan anda lebih tahu isi hati masing-masing. Tunjukkan kasih sayang dan cinta anda untuk pasangan anda. 

Melayari bahtera  cinta rumah tangga, bukan hanya menginginkan zuriat. Tapi ia lebih kepada perkongsian kelebihan serta kelemahan pasangan. Tak ada rezeki anak, tak mengapa. Anda layak juga untuk mendapatkan bahagia. Anggap rezeki tak anak itu sebagai nikmat yang indah. 

"Aku kahwin berapa tahun...sampai sekarang tak ada lagi rezeki"

Memang sedih...tapi alangkah bahagianya bila rintihan itu ditukarkan dengan doa. Mungkin cik akak tak mampu nak menolong anda. Tapi anda, pastinya boleh bantu diri anda. Usaha selagi terdaya, aturkan langkah dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada Allah. InsyaAllah, nikmat yang indah bakal anda capai. 
 

"Allah sengaja bagi kita merintih, menangis dan merayu, bukan sebab tak sayang. Tapi Allah menyayangi insan yang diuji dengan nikmat yang tertinggi. Kenapa Allah bagi kita kesabaran..tentu ada sebabnya. Apa yang penting, jangan beralah. Kerana setiap janji Allah itu pasti. Cepat lambat terima dengan hati terbuka". 
Indahnya bila anda dipilih untuk diuji. Memikat dan terpikat pasti menjadi milik anda. Projek memikat suami adalah projek yang terindah. Berminat untuk merebut hati suami anda, dapatkan sekarang >>Panduan Rahsia Memikat Suami

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN