Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, May 31, 2017

Novel Mr. Hot Guy Karya Danisyarahmat Drama Adaptasi Novel Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Mr. Hot Guy Karya Danisyarahmat Drama Adaptasi Novel Akan Datang : Lagi-lagi drama adaptasi novel. Nampaknya pengarah dan penerbit filem dah tak modal ke apa. Jemu juga cik akak menonton drama adaptasi dari novel. Akan datang kita bakal disajikan dengan drama adaptasi Novel Mr. Hot Guy. Drama ini nanti bakal menggandingkan Raja Afiq dan Puteri Aishah. Bersiaran di tv3 melalui slot akasia. Menurut sumber juga, tajuk drama bakal ditukar kepada Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Tarikh siaran bakal cik akak update nanti.
 #LelakiItuPemilikHatiku 
 #MrHotGuy #KaryaDanisyarahmat

Image may contain: one or more people, sunglasses and text
SINOPSIS NOVEL MR. HOT GUY : Hangatnya cinta dan kasihmu mencairkan kebekuan hatiku
 
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.
 
“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”
 
“I tinggalkan you”
 
“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”
 
Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.
 
“Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?” 
 
“Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?”
 
“Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?”
 
“Boleh… Tapi ada syarat.”
 
“Apa syaratnya?”
 
“Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.”
 
Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.
 
Kaedah pertama Gold and diamond
Kaedah kedua Hugs and Kisses
Kaedah ketiga Sleep tight

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN