Artikel Terkini

Wednesday, May 31, 2017

Menyemak Akaun Tabung Haji Menggunakan irakyat

♥ Assalamualaikum ♥

Menyemak Akaun Tabung Haji Menggunakan irakyat : Mudahnya zaman sekarang. Nak semak akaun tabung haji pun boleh guna online sistem. Untung lah korang, tak perlu tunggu nombor giliran lagi. Setahu cik akak, sistem online guna irakyat ni dah lama wujud. Cik akak pun dah guna berapa tahun dah. Memang mudah dan jimatkan masa untuk pergi ke cawangan tabung haji berhampiran. Bagaimana nak menyemak akaun tabung haji menggunakan irakyat. Ianya amat mudah dan ikuti sahaja langkah-langkah yang cik akak screenshotkan. Langkah pertama, korang mestilah ada akaun tabung haji dan akaun bank rakyat. Bagi yang belum ada akaun boleh sahaja singgah tabung haji dan bank rakyat berdekatan. Bila dah ada kedua akaun tersebut, korang kenalah aktifkan sistem tabung haji online di cawangan bank rakyat berhampiran. Pergi kaunter bank rakyat dan mohon aktifkan akaun tabung haji menggunakan kad bank rakyat anda. Selain itu, kad bank rakyat yang diaktifkan untuk tujuan sistem online penyemakan tabung haji juga boleh digunakan untuk pengeluaran duit dalam akaun tabung haji. Ini lebih memudahkan pengeluaran tunai anda. 

Semakan Akaun Tabung haji, inilah caranya.

  1. Login akaun bank rakyat anda. Klik https://www2.irakyat.com.my/personal/login/login.do?step1=
2. Dah siap login. Klik tab menu yang ada tabung haji. Rujuk imej 


3. Bila dah klik bahagian tabung haji. Pastikan anda klik bahagian balance inquiry. Rujuk gambar lebih mudah difahami.


4. Pastikan korang jumpa bahagian please select an account. Klik dan pilih bahagian yang kamu inginkan. 

5. Akhir sekali..pastikan korang jumpa imej dibawah. Dan balance akaun tabung haji anda boleh dilihat. 
Memang lebih mudah kan. Lagi menjimatkan masa korang berurusan dengan tabung haji berhampiran. Cik akak biasa korek duit tabung haji dengan menggunakan akaun bank rakyat sahaja. Jangan pula dah ada online sistem sebegini, baki akaun tabung haji anda mengecut pula.haha..

Cara ini cuma membantu korang meringankan beban untuk menunggu.haha..Harus diingat pengeluaran duit tabung haji hanya boleh dilakukan di bank rakyat sahaja. Bank-bank lain memang tak boleh. Walaupun kad bank rakyat boleh membuat pengeluaran wang di bank lain. 

Untuk pengetahuan korang juga, setakat ini hanya bank rakyat sahaja yang ada sistem untuk pengeluaran duit tabung haji. Akaun bank lain-lain memang cik akak tak pasti. Adakah sistem tersebut.


1 comment:

  1. Senang je.. Huhuhu.. Tapi dah tak ingat dah password irakyat nie.. hehehe

    ReplyDelete