Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Tuesday, May 16, 2017

KINI LAZADA MENAWARKAN MOLPay CASH DI 7-ELEVEN

♥ Assalamualaikum ♥
KINI LAZADA MENAWARKAN MOLPay CASH DI 7-ELEVEN : Semakin lama semakin majulah Lazada Malaysia. Hari ini kita diperkenalkan lagi dengan satu cara mudah untuk bayar cash bila anda shopping di Lazada Malaysia. Wow memang mengujakan cik akak. Maklumlah cik akak kaki shopping online tegar. Lagi mudah bila dibekalkan cara bayaran cash di 7-Eleven. ahh...hebat kan. Cara ini lebih mudah bila tak debit dalam akaun. Guna cash pun menjadi kan. Yang penting barang selamat sampai destinasi.

Sebelum tu korang kenalah download Aplikasi Lazada Malaysia 


Penggunaan aplikasi ini lebih mudah dan senang. Boleh je install guna " App Store / Google Play store ”. Aplikasi ini adalah percuma.

Selesai install, boleh teruskan hajat korang nak bershopping. Ikuti langkah seperti di bawah.

1. Pilih item yang hendak dibeli.


2. Klik "Proceed To Checkout"


3. Selesai langkah kedua, login akaun Lazada Malaysia anda. Dan masukkan maklumat alamat anda. Kalau anda memang kaki shopping tegar di Lazada Malaysia, maklumat alamat anda masih tersimpan di aplikasi tersebut. Lagi mudah korang urusankan pembayaran.



4. Langkah seterusnya, klik bahagian "PROCEED TO PAY". Dan pastikan korang klik imej 7-eleven seperti gambar yang cik akak tunjukkan di bawah. Lagi mudah untuk korang faham.


5. Akhirnya selesai untuk sesi bayaran item Lazada Malaysia anda. Pastikan korang dapatkan kod bar yang telah disediakan. Boleh print dan bayaran di kaunter 7-eleven yang berdekatan. 


Untuk makluman korang juga, kod bar ni korang boleh dapatkan dalam email korang. 

Pastikan kod tu masih aktif. Tempoh masa keaktifan kod bar tersebut hanya 48 jam. Inilah resit pembayaran sebagai bukti pembelian cik akak menggunakan MOLPay berjaya sepenuhnya.


Inilah hasilnya. Cik akak submit order 16 Mei 2017. Tapi tak sempat bayar hari pertama. Cik akak bayar hari ke 2 di 7-Eleven. Kod bar pun masih aktif. Petang 18 Mei 2017 cik akak dah dapat item. Hasil intaian di Lazada Malaysia.



MOLPay, penyedia penyelesaian pembayaran yang terkemuka di Asia Tenggara dan 7-Eleven Malaysia, terbesar rangkaian kedai serbaneka di negara ini datang bersama-sama dengan pilihan pembayaran yang inovatif. Pengguna kini boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan mereka membeli dalam talian.

MOLPay Cash, boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven terpilih di Lembah Klang, dengan lebih banyak kedai menyertai tidak lama lagi. Yang menariknya, Sarawak pun dah ada cawangan 7-Eleven ni. Serius memudahkan cik akak shopping di Lazada Malaysia

Apa tunggu lagi, korang boleh download dua aplikasi. Rujuk link cik akak sediakan.

Lazada app download :


Akhir sekali jangan lupa pula intai-intai MOLPay. Pelbagai barangan boleh korang beli hanya menggunakan aplikasi tersebut. 

 MOLPay / MOLPay Cash :https://goo.gl/aymTNq

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN