♥ Assalamualaikum ♥
Isteri Muda, Jangan Halang Hak Ayah Walikan Anak Isteri Pertama : Alahai untung dapat beristeri dua. Tak kira isteri tua kena cerai atau sebaliknya. Tapi yang sedihnya, bila isteri muda bikin hal. Cik akak bukan bercakap kosong atau sembang-sembang nak cari pasal. Tapi inilah hakikatnya, bila si ayah kawen lain. 

Hasil carian imej untuk isteri muda ayah,

Memang tak dinafikan poligami itu dibenarkan. Tapi haruslah sentiasa bertanggungjawab dengan isteri pertama dan anak. Melainkan si ayah ceraikan isteri pertama. Hak isteri pertama memang dah hilang. Tapi anak masih berhak menuntut harta atau sebagainya. Contohnya bila anak nak kawen (anak perempuan) kenalah cari si ayah. Tak kan nak biarkan anak terkontang kanting nak carikan wali.

Dalam satu hal lagi, anak berhak menuntut hak untuk berwalikan si ayah. Namun segelintir ayah, menafikan gara-gara termakan hasutan isteri muda. Jangan begitu wahai si ayah, anda ketua keluarga. Anda yang wajib memimpin isteri-isteri anda. Bukan mengikut kemahuan serta telunjuk isteri muda anda. 

Konon sayangkan isteri muda, tapi janganlah beri muka. Anak isteri pertama diabaikan. Korang mahu, kalau si ayah tak mahu mewalikan anda. Pastinya tak mampu kan, cukuplah si ayah abaikan anak-anak. Hilang kasih sayang ayah. Tapi jangan sampaikan hak untuk berwalikan si ayah pun nak dihalang. Kejam sangat dah tu.

Bercerai atau berpoligami bukan cara untuk korang abaikan anak-anak. Ingatlah wahai si ayah. Sekali terkesan hati anak, sampai bila-bila dia ingat. 

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top