Header Ads

Ikan Sweet Sour Simple Menu Sahur 01 Ramadhan

♥ Assalamualaikum ♥
Ikan Sweet Sour Simple Menu Sahur 01 Ramadhan : Alhamdulillah hari pertama menyambut ramadhan Al Mubarak. Seawal jam 3.00 pagi cik akak dah masak untuk siapkan menu sahur kami. Alhamdulillah siap sepenuhnya. Awal kan kami sahur. Sebab waktu imsak kat sibu sarawak jam 4.50 nanti. Sahur memang kami kena makan nasi. Tak banyak pun wajib juga makan nasi. Tu petua supaya tak lapar. Kononnya lah...haha...untuk menu sahur 01 Ramadhan kami hanya siapkan Ikan Sweet Sour Simple.
Imej Google

Untuk menu ini, cik akak hanya gunakan ikan keping. Tak guna ikan bawal putih atau bawal hitam. Bahannya mudah je.

Bahan-bahannya 
  1. Kepingan ikan
  2. Sos totamo
  3. Sos cili
  4. Bawang besar
  5. Minyak masak
  6. Serbuk perasa
  7. Garam
  8. Gula / madu
  9. Tepung gorengan/ tepung gandum

Cara membuatnya.

  1. Goreng kepingan ikan dengan salutkan pada tepung gorengan/ tepung gandum. Goreng ranggup. Goreng secara berasingan.
  2. Panaskan minyak dan masukan bawang besar yang sudah dipotong bulat. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato dan sos cili dalam bahan tumisan tadi. Gunalkan api pelahan. 
  4. Tambahkan sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit gula atau madu. Tumis guna api pelahan hingga mendidih. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan setika sos tersebut.
  5. Akhir sekali, masukkan kepingan ikan yang telah digoreng tadi.
  6. Hidangkan untuk menu sahur anda. Pastinya anak-anak anda selera untuk bersahur.

Resepi yang cik akak sharekan amat mudah dan senang disediakan. Selain itu juga, menu hari pertama sahur ni cik akak sediakan juga sotong masak kicap manis. Nanti cik akak kongsi resepi. Selamat menunaikan ibadah puasa. 

2 comments:

  1. Selamat berpuasa cik akak.. Awalnya.. Sha pukul 4 baru bangun untuk siapkan juadah berbuka..

    ReplyDelete
  2. Selamat Berpuasa Cik Akak..
    LZ bangun sahur pukul 4.00 pagi sebab perlu masak semua..
    Tadi sahur lauk ikan dan sayur goreng sahaja, alhamdulillah.. :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.