Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Thursday, May 18, 2017

Episod Akhir Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Episod 16) Malam Ini

♥ Assalamualaikum ♥
Episod Akhir Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Episod 16) Malam Ini : Kehidupan Rayyan dan Wafeen tak seindah pasangan lain. Angkaran cemburu dan dendam daniel memisahkan mereka. Wafeen tiada pilihan lain. Terpaksa meninggalkan suami tercinta. Biarpun terpisah, namun cinta di hati mereka tak pernah pudar. Mengandingkan Alif Satar dan Nabila Razali. Drama ini mempunyai 16 episod penuh. Untuk mengetahui kisah di sebalik drama ini, saksikan Episod Akhir  Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Episod 16) malam ini di Astro Ria. 


Tonton Full Episod Hikayat Si Pematah Hati Episod 1 - Episod 16



Sinopsis Hikayat Si Pematah Hati :
Wafeen Wardah mempunyai impian untuk membina rumahtangga bersama lelaki pilihan Daniel Elhan. Sayangnya,sekian lama tiada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel hanya pandai menabur janji hingga dia berjumpa seorang lelaki...
Rayyan Raiqarl - lelaki yang sentiasa membawa diri, Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal, dia mengambil keputusan menjauhkan diri dari keluarga. Pertemuannya dengan Warfeen  buat di jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis dipuja milik orang. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
Tapi segalanya berubah bila dia mengetahui siapa Wafeen wardah sebenarnya!Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun, Wafeen harus menjadi miliknya. Istilah kekasih orang ditolak tepi.
Karipap pusing menyatukan mereka.
Namun, kemalangan yang menimpa Rayyan menjadi detik perpisahan mereka. Daniel cuba memisahkan mereka. Dalam keterpaksaan, Wafeen rela meninggalkan suami demi satu nyawa.

Pelakon Drama Hikayat Si Pematah Hati
  • Alif Satar sebagai Rayyan
  • Nabila Razali sebagai Wafeen
OST Hikayat Si Pematah Hati : Aku Cinta 
Penyanyi Syamel dan Ernie
13May2017

1 comment:

  1. tak sempat nak ikut drama ini...nanti boleh tengok semula ulangan...terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN