Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, May 24, 2017

Berbaloikah Berbeli Fidget Spinner Untuk Anak Anda!

♥ Assalamualaikum ♥
Berbaloikah Berbeli Fidget Spinner Untuk Anak Anda! : Ramai individu dah terjebak dengan viral fidget spinner ini. Bila cik akak terlihat reka bentuk fidget spinner, memang menarik dan mampu mengujakan anak-anak anda. Tapi berbaloikah korang berbelanja untuk benda sebegini. Rekaan memang menarik tapi sebahagian mendatangkan bahaya. Bukan semua fidget spinner ni berbentuk bulat sahaja. Malahan ada yang tajam dan rasanya tidak selamat untuk anak anda. Korang fikirlah lah, berbaloikah berbeli fidget spinner untuk anak anda!
Memang cik akak tak nafikan, daya tarikan pada fidget spinner ini membuatkan ibu bapa teruja untuk memilikinya. Tapi sedar tak sedar benda tersebut mendatangkan mudarat pada anak anda. Ya mungkin viral dan femes. Mestilah ikut peredaran masa. Anak orang lain main, semestinya korang nak belanjakan untuk anak korang juga. Sayang anak bukan begitu caranya! Korang fikir lah sendiri.

Kelebihan Fidget Spinner mampu menghilangkan stress dan memberi fokus pada anak-anak dan individu. Di samping itu juga, ia boleh menghentikan perokok tegar dari merokok. Kesahihan bukti cik akak tak pasti. Apa kata korang cuba sendiri. Keberkesanan mungkin korang sendiri boleh rasai. Harus diingat, berhati-hati dengan fidget spinner ini. Elakkan anak-anak anda terjebak. 

Walau bagaimana pun, fidget spinner ini digalakkan untuk golongan ADHD kerana ia mendorong untuk mereka fokus pada satu kerja atau aktiviti. 

Imej Reka Bentuk Fidget Spinner (imej google)
Rekaan memang menarik, tapi tak sesuai untuk anak-anak anda. Kalau nak buat koleksi boleh je. Bingkaikan je..haha..Cik akak benda sebegini, memang tak teringin. Membazir je beli..haha. 

2 comments:

  1. Aihhh..

    kamek baru beli yaa..haha :D

    ReplyDelete
  2. ju xdpt nk fhm klebihan spinner ni sb xguna.. mgkin bguna bagi mereka yg btl2 perlukan bukan sekadar follow trend =)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN