Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, May 20, 2017

Bahasa Rojak Memang Pilihan Blogger

♥ Assalamualaikum ♥
Bahasa Rojak Memang Pilihan Blogger : Ini bukan kes cik akak jual rojak ke apa. Tapi lebih kepada penggunaan bahasa rojak dalam menaikkan entri. Rata-rata blogger lebih suka menulis menggunakan bahasa rojak campur. Kenapa mereka memilih bahasa rojak campur. Sedangkan hakikatnya mereka tahu, google paling tak suka bahasa rojak atau loghat kampung. Memang ramai blogger memahami bahasa anda. Tapi tak semua pembaca blog anda memahami setiap apa yang anda bicarakan. Bahasa Rojak Memang Pilihan Blogger kerana ia lebih mudah dan ringkas. Penulisan pun kepada santai-santai saja. 
Imej google..pastinya buat korang telan air liur

Kenapa Perlu Menulis Menggunakan Bahasa Rojak - Alasannya memang tak membosankan pembaca. Dan lebih mudah difahami. Penulisan bahasa rojak memang memanipulasi pembaca. Cuma teknik setiap blogger berbeza. 

Harus diingat tak semua penulisan santai mendapat tempat di carian google. Sebab google tak memahami. Amat perlu dititik beratkan penggunaan bahasa rasmi. Ahh jangan kata cik akak tak payung. Teknik penulisan bahasa rasmi lebih kepada teknik SEO nya. 

Caranya Mudah Sahaja..Selitkan Bahasa Rasmi Dalam Penulisan Santai Anda - Ini cara mudah memikat Teknik SEO. Korang selitkan bahasa rasmi dalam penulisan santai anda. Orang baca pun tak jemu. Korang menaip entri pun lebih rajin dan bersemangat..haha...boleh kan teknik santai tapi pancing teknik seonya.

Cara ini mudah mendapat tempat di carian google tapi tak semua entri korang boleh naik di page pertama google. Entri cik akak pun tak pernah naik page pertama. Tapi tak salah mencuba dengan teknik begini. Yang penting usaha kan..haha..

Bahasa Rojak Memang Pilihan Blogger, kenapa dan mengapa. Baik korang tanya mereka sendiri..Pendapat setiap blogger tak sama. Bagi cik akak pula, penulisan dalam bahasa rojak memang mudah dan santai. Pendapat korang bagaimana pula.

7 comments:

  1. sebab saya bukan wartawan.
    hehehhehe..
    bahasa rojak laju sket buat ayat
    xyah pikir2.

    ReplyDelete
  2. menulis macam bersembang kadang2 lebih dekat di hati pembaca.. heehehehe

    ReplyDelete
  3. same goes here! bahasa rojak juga
    btw, blogwalking sini.. salam kenal =)

    ReplyDelete
  4. Ikut mood juga. Terkadang rojak. Terkadang tak rojak. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Asalkan beliau selesa dan apa yang dicoretkan tidak membawa kesan yang negatif terhadap pembaca.

    ReplyDelete
  5. Kalau eyja pulak, if it is more to my personal entries, eyja guna rojak je.

    Tapi kalau macam nak bagi tips ke kan? I'll choose carefully for the content, the title but still my audience can understand my points.

    So my opinion, we should do both. Rojak and formal. :)

    www.blogeyja.com

    ReplyDelete
  6. Saya tak pandai merojak. I'm more to penggunaan dan pengejaan bahasa yang betul - skema >.< Pernah try merojak, but sounds so boring and pelik sangat, haha.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN