♥ Assalamualaikum ♥
Apa Yang Menariknya Fattah Amin Nie...Hinggakan Peminat Kemaruk Angau : Ala setakat pelakon fattah amin memang bukan pelakon yang cik akak minati. Berlakon drama, memang tak capai target cik akak..haha..habis lah cik akak kena kecam dengan peminat fattah amin ni. Sebab dia menang semalam lah cik akak langsung tak suka...habis...habis...siapa lah yang nak menang? Tak kira siapa, jangan fattah amin sudah. Entahlah Apa Yang Menariknya Fattah Amin Nie...Hinggakan Peminat Kemaruk Angau. Boleh tak bagi penjelasan kat cik akak...
Sejak menerajui drama Suri Hati Mr.Pilot. Makin popular pula si fattah ni kan. Cik akak memang tak layan drama ni. Sebab dua-dua pelakon cik akak tak suka tengok. 

Bukan depa tak hensem, tak cantik tapi di mata cik akak ada je yang tak kena..kritik itu wajib....haha..habis lah kalau peminat depa berdua ni kecam cik akak. Alaaa cik akak cakap jujur serta ikhlas dari hati. 

Korang nak minat. Nak anggau,  jangan pula kecam cik akak. Tu pendapat cik akak je. Lain mata, lain pula penilaiannya. Alamak...kalau bak bersweet-sweet ni, memang fattah Amin nampak janggal je di mata cik akak..haha..habislah bila cik akak mengulas..semua jadi isu. Isu tak isu kalau dah tak suka tak payah paksakan diri..

Lakonan dia, cik akak tengok biasa-biasa je. Sama juga dengan si lofa. Mungkin karisma aura depa berdua ni yang bikin peminat angau. 

Media sosial, rata-rata asyik gosip pasal hubungan depa berdua ni je. Mula-mula konon bercinta...tup..tup...putus...lepas tu...umumkan tak pernah ada cintan-cintun. Alahai dunia selebriti memang penuh dengan tanda tanya.

Bagi cik akak memang sah-sah tak ada yang menarik pun. Apa pun tahniah sebab menang Bintang Paling Popular Berita Harian 2017. Tahun 2015 lofa, tahun 2016 pula giliran Fattah. 

Lepas ni boikot tak nak nonton ABPBH. Hihi

Post a Comment

  1. bahaya entry ni cik akak, nanti kena kecam :p
    tulah, pelik jugak kenapa setiap anugerah dia je yg menang. kesian pulak dkt artis berbakat yg lain..

    ReplyDelete
  2. Setiap orang berhak atas pendapat mereka.

    ReplyDelete


Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top