Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Tuesday, April 4, 2017

Temuduga Latihan Jururawat PSL Gred U29 Pada 10 April 2017 Hingga 12 April 2017

♥ Assalamualaikum ♥

Temuduga Latihan Jururawat PSL Gred U29 Pada 10 April 2017 Hingga 12 April 2017


Ada tak yang mohon. Kalau terasa diri tu mohon jawatan ni bolehlah semak jadual temuduga anda di pautan Jadual Temuduga.
Untuk makluman calon, temuduga ini berlangsung selama 3 hari sahaja. Jangan lupa semak tarikh anda. 

Jangan lupa lengkapkan dan persiapkan diri dengan target lulus temuduga ini. Sebab bukan mudah nak lulus temuduga agensi kerajaan ni. Keyakinan dan keikhlasan pasti mendorong anda lulus cemerlang. Apa yang penting usaha.

Bagaimana nak maju kalau tak berusaha. Di sini cik akak kongsikan Rujukan Temuduga Latihan Jururawat PSL U29. Apa yang dikongsikan dalam ebook ini pasti membantu calon untuk capai target lulus temuduga.

Di entri ini juga cik akak kongsi senarai tugas Jururawat U29 untuk panduan dan rujukan calon.

Senarai Tugas Jururawat U29

JURURAWAT GRED U29
  • Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
    1. Perawatan Kesihatan Keluarga
      1. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
      2. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
      3. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
      4. Perkhidmatan perancang keluarga.
      5. Pendidikan kesihatan.
    2. Latihan
      Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
    3. Menyelia
      1. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
      2. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
    4. Pentadbiran
      1. Mentadbir klinik.
      2. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
      3. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
      4. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
    5. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
      1. Penjagaan Pesakit
        1. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
        2. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
        3. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
        4. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
      2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
      3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
      4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
      5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.














































No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!