♥ Assalamualaikum ♥

Tati Skincare Night Cream, Tati Skincare Treatment Cream Dan Moleek Anti Pigment Cream Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Iaitu Merkuri, Hydroquinone Dan Tretinoin

Heboh satu dunia gara-gara isu produk kecantikkan yang femes dikesan mengandungi racun berjadual. Dalam pada itu ramai rakan pengguna di Malaysia tidak boleh menerima kenyataan tersebut. Lantak korang lah. Muka korang biarlah. Kementerian Kesihatan (KKM) dah bagi informasi, masih juga nak mempertahankan hak. Konon-kononnya ada isu fake..haha..macam-macam je isu. 



Imej google je...cik akak mana kenal dengan produk tempatan gini. Nak guna pun belum tentu lagi. Sebab bab-bab produk kecantikkan cik akak tak nak ambil remeh. Muka hancur siapa nak bertanggungjawab. Lebih baik berhati-hati sebelum terkena. 

Memang sukar untuk menerima hakikat. Tapi kenalah alert benda sebegini. Muka lawa dik boleh hancur sekelip mata. Tak kiralah yang orginal atau fake. Jangan tertipu dengan kecantikkan yang korang miliki hasil dari penggunaan produk tersebut. Rugi melabur kalau muka hancur bagai. Tu kalau terkena muka je..tapi kalau satu pakej dengan kanser. Siapa yang nak disalahkan. Gara-gara kebodohan diri. Nak cantik sangat kan. Lupa ilmu terkurang di dada. 

Sibuk kritik ye dik...jangan hari ini belum terkena. Esok lusa dapat padah mulalah menangis. 

Masih lagi tak percaya? Kenyataan Akhbar dah bagi info...

SHAH ALAM -  Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara produk yang disahkan mengandungi racun berjadual adalah Tati Skincare Night Cream, Tati Skincare Treatment Cream dan Moleek Anti Pigment Cream.Menurut maklumat yang diberikan, produk Tati Skincare Night Cream didapati merkuri, manakala Tati Skincare Treatment Cream dan Moleek Anti Pigment Cream pula disahkan mengandungi bahan kimia jenis hydroquinone dan tretinoin."Kami ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.
Keratan akhbar - Sinar Harian

Satu je cik akak nak pesan. Orang dah larang jangan sibuk nak gunakan. KKM pun dah sahkan lagi tu. Tak guna tegakkan benang yang sah-sah dah basah. Buat binasa diri ada lah. 

Lagi satu hal, ini bukan isu nak bungkuskan rezeki orang. Tapi yang berkenaan juga harus bertanggungjawab. Kat sini buka isu khianat atau apa. Belajar terima hakikat. Rezeki Allah kan luas. Buat benda yang berfaedah lagi bagus..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 


 

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top