Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, April 3, 2017

Resepi Udang Goreng Crispy

♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Udang Goreng Crispy 

Kebiasaan cik akak memang layan udang masak tom yam. Asal ada udang je kompem jadi tom yam. Tapi kali ini cik akak korang tukar selera tekaknya. Sekali terbeli udang terus berangan nak goreng bersalut tepung. Tapi nak yang garing ranggup gitu. Testing market berjaya ke tidak. Hasilnya eksprimen cik akak berjaya. Bagi korang suri rumah, goreng udang ni mudah je kan. Tutup mata pun boleh siap..haha..tapi ranggup tak ranggup tolak tepi. Sebab udang ni rasanya sedap. 


Cik akak guna udang segar tau. Harga rm35 sekilo. Sekali goreng ranggup gini. Mak aii..manis rasanya..haha..

Buat lah semangkuk kecil. Ingat tak habis. Sekali tengok habis licin mangkuk cik akak. Bermakna udang goreng crispy cik akak berjaya dan rasa pun sedap.

Nak tahu resepinya...

  • Udang segar semangkuk
  • Tepung gorengan serbaguna 4 sudu 
  • Minyak untuk menggoreng
Tiga bahan je ke..haha..orang bujang mana masak guna pelbagai bahan. Biasa guna yang simple dan mudah je. Tiga bahan ni jangan risau sebab pasti menjadi.

Cik akak guna tepung gorengan nie. Brand bestari katanya..haha


Ni lah cik akak biasa guna. Brand ni ada dua jenis. Satu pedas dan satu lagi original. Hari tu cik akak terbeli yang pedas. Memang pedas meletup dalam mulut. Tepung cukup rasa semuanya. Tak perlu risau. Hanya salut je udang segar tu guna tepung. Pastikan minyak panas sebelum menggoreng. Baru hasilnya menggoda tekak. Ranggup dan sedap. 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN