Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, April 14, 2017

Petua Dan Cara Nak Menghalau Hantu Pocong

♥ Assalamualaikum ♥

Petua Dan Cara Nak Menghalau Hantu Pocong. Jangan ingat hantu pocong ni tak wujud lagi zaman sekarang. Elok-elok dik esok lusa terjumpa nangis bucu katil pun tak dapat nak lupakan pengalaman seram ni. Bagaimana cik akak boleh terjebak dengan entri seram bagai ni. Bukan nak tiru post blogger lain tapi bila entri lama cik akak pasal pocong ni naik carta pula hari jumaat ni. 

Imej google

Berapa tahun yang lepas, waktu tu cik akak pergi daerah kapit, sarawak. Waktu tu cik akak datang mengurus Majis pertunangan adik lelaki cik akak. Datang pun dengan kakak dan adik. 

Datang dengan niat baik. Tak pasal-pasal hantu pocong pun menampakkan diri. Alamak orang sibuk dengan majlis. Dia pula sibuk nak memajliskan orang. Gila seram. Nasib baik tak kacau adik cik akak yg tengah mengandung. 

Mula-mula ingat pocong ni nak kacau adik cik akak. Biasalah orang mengandungkan darah manis. Lebih-lebih lagi bila anak sulung. Benda halus dan mistik lebih suka. Eeeehh...satu je pesan cik akak. Kalau tengah mengandung tu, tak elok sendirian di rumah. Lebih-lebih lagi waktu malam. Kita tak tahu, makhluk halus dan mistik ni datang nak main acah-acah je. 

Berbalik kepada petua dan cara nak menghalau pocong. InsyaAllah pasti membantu.

Tabur garam kasar kat semua tiang rumah...kecuali tiang tandas....(sebab tiang tandas tu tempat kediaman makhluk mistik. Jangan kacau kalau dia tak kacau)
Sebelum tabur kena "Selawat " sebanyak 3 kali & Allah hu Akbar 1 kali....(lakukan pada setiap tiang rumah)
InsyaAllah pasti kita di lindungi....amin....

Semoga membantu..dengan izin Allah..Satu lagi orang tua-tua kata. Hantu pocong ni biasa tinggal di rimbunan pokok pisang..ahhhh...jaga-jaga.

5 comments:

  1. Uhh seram juakkk. Paling kmk takut la antu pocong tok!

    www.eecashyaa.com

    ReplyDelete
  2. saya pun tak suka hantu pocong T___T
    nasib baik baca entry cik akak ni pagi2 tau

    ReplyDelete
  3. serius penampakan?? huwaa..seram nyerr..

    ReplyDelete
  4. waaaaaa...takutnyaaaa tgk gambar tu cik akak....huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN